KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

Hospital Rakan Bayi

HOSPITAL RAKAN BAYI

HOSPITAL SULTANAH AMINAH

JOHOR BAHRU

 

 

  

 MATLAMAT

 

Menggalakkan semua ibu-ibu menyusukan bayinya secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan penyusuan   sehingga 2 tahun.

 

OBJEKTIF

 

Menyediakan kemudahan persekitaran bagi  menjayakan penyusuan susu ibu pada tahap yang paling optima.

 

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

 

1.        Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan pada umur 6 bulan.

 

 

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU

 

1.        Mengadakan satu polisi bertulis mengenai penyusuan susu ibu.

 

2.        Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.

 

3.        Memberitahu ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.

 

4.        Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ hingga 1 jam selepas bersalin.

 

5.        Memberikan tunjuk ajar kepada ibu ibu cara penyusuan dan cara mengekalkan penyusuan jika mereka berpisah dengan bayi.

 

6.        Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan lain selain daripada susu ibu, kecuali diatas sebab-sebab perubatan.

 

7.        Mengamalkan 'rooming' in dimana bayi dan ibu sentiasa bersama setiap masa.

 

8.        Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.

 

9.        Menentukan bayi tidak diberikan puting tiruan atau puting kosong.

 

10.    Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan susu ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.

 

11.    Susu formula dan botol susu  tidak boleh  dibawa ke wad bersalin atau wad bayi.

 

12.    Sebarang perlanggaran tata  etika  penyusuan susu ibu perlu dilapurkan segera kepada pihak berwajib.

 

13.    Ceramah individu atau kumpulan mengenai penggunaan susu formula tidak dibenarkan kecuali pada kes kes tertentu.

  

                                                                                                                [2] 

Recommend this page to a friend! Prepare to print