KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

 

 PENGARAH HOSPITAL

DR. AMAN BIN RABU

 

Tel : 607 225 7000
Tel : 607 224 2694
E-mail : 
draman@moh.gov.my

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berpeluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman web rasmi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB). HSAJB juga tidak ketinggalan di dalam menggunakan kemajuan teknologi siber di dalam menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan dan berita hospital dari semasa ke semasa. Untuk makluman, HSAJB ini telah beroperasi sejak tahun 1882 lagi iaitu sebagai hospital awam dan kemudiannya di ambil alih oleh pihak tentera Jepun semasa tahun 1942 . Hospital ini telah melalui proses evolusi yang panjang dan telah menabur jasa dan bakti kepada masyarakat sehingga kini. Hospital ini juga telah melalui perubahan dan pembaharuan dari segi perkhidmatan dan penggunaan peralatan perubatan yang terkini untuk memberikan hasil yang optima kepada pelanggan. HSAJB sentiasa ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat iaitu selaras dengan objektif penubuhannya iaitu untuk memberikan perkhidmatan diagnosa, rawatan dan pemulihan yang berkualiti dan cekap serta berkesan kepada pesakit luar dan dalam, menyelamatkan nyawa dan menghilangkan kesakitan bagi penyembuhan awal dan maksima. Masyarakat yang sihat merupakan teras kepada kemajuan negara. Justeru itu, HSAJB telah menggariskan bahawa setiap pelanggan yang datang akan diberi keutamaan dan membantu mereka mencapai penyembuhan yang maksima iaitu selaras dengan slogan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu “Kami Membantu Anda Sihat”. HSAJB merupakan hospital besar dan menjadi rujukan bagi negeri Johor dengan menawarkan 21 perkhidmatan pelbagai kepakaran iaitu Kecemasan dan Trauma, Perubatan, Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Orthopedik, Pediatrik, Anestesiologi, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Dermatologi, Neurologi, Nefrologi, Neurosurgeri, Urologi, Bedah Plastik, Kardiologi, Kardiotorasik, Respiratori, Psikiatrik, Rehabilitasi, Perubatan Forensik dan Pergigian . HSAJB juga merupakan pusat rawatan dan pembedahan jantung bagi Wilayah Selatan. Semoga HSAJB dapat memberikan perkhidmatan perubatan kerajaan yang dapat memenuhi keperluan rakyat iaitu selaras dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan’.

Akhir kata , tuan-tuan boleh menghubungi pihak hospital ini atau saya sendiri sekiranya mempunyai sebarang cadangan penambahbaikan atau pertanyaan di talian 07-2257000 atau emailkan ke publichsajb@moh.gov.my .

Pengarah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 

 

 

 

Kembali ke Laman Utama Portal HSAJB

Recommend this page to a friend! Prepare to print