" /> Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

Hospital Rakan Bayi2

HOSPITAL RAKAN BAYI 

 

 

 

 

Jadual latihan penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja.

 

- Mulakan perahan susu ibu 2 minggu sebelum bekerja

 

Hari dan mula program

Hari 1 – 3

Hari 4 – 6

Hari 7 – 9

Hari 10 – 13

7.30-9.00 pagi

Susu

perahan

Susu perahan

Susu perahan

Susu perahan

10.00-11.30 pagi

Susu badan

Susu perahan

Susu perahan

Susu perahan

12.30-1.30 t/hari

Susu badan

Susu badan

Susu perahan

Susu perahan

3.30-4.00 ptg

Susu badan

Susu badan

Susu badan

Susu perahan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara penyimpanan susu ibu yang telah diperah

Disimpan dalam bekas yang bertutup dan bersih.

-  Suhu bilik 4-8 jam

- Peti sejuk 72 jam

- Sejuk beku 1-3 bulan

- Sejuk beku -20° C 1 tahun

 

Cara penyediaan susu perahan

- Biarkan susu kembali ke suhu bilik

- Sediakan susu di dalam bekas mengikut keperluan bayi sahaja

- Rendam bekas yang berisi susu dalam air panas sehingga susu menjadi suam

- Susu yang telah disuamkan tidak boleh disimpan semula.

- Beri bayi susu dengan cawan atau sudu

 

Cara memerah dengan tangan

- Pastikan tangan dan bekas tadahan susu bersih

- Letak ibu jari di atas aerola dan jari yang bertentangan di bahagian bawah aerola.

- Tekan ke belakang keluar ke arah dada

- Tekan/picit ibu jari dan jejari lain serentak sehingga susu mengalir keluar

- Ulangi proses ini beberapa kali dan lakukan pada keseluruhan aerola untuk mengeluarkan kesemua susu.

 

 

                                                     [1]

Recommend this page to a friend! Prepare to print