KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

KUALITI

UNIT SEKRETARIAT KUALITI

HOSPITAL SULTANAH AMINAH

JOHOR BAHRU

Dr. Noorraudah Binti Abd. Rahman

Pegawai Perubatan U52

Ketua Penyelaras Unit Kualiti

Tel : 07-225700 ext : 2000

Fax : 07-2211343

PENGENALAN

Unit Sekretariat Kualiti mula ditubuhkan pada tahun 2005. Berdasarkan kepada Surat Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Bil 35 dalam KKM bertarikh 30 Januari semua hospital utama dikehendaki menubuhkan Sekretariat Kualiti QAP.

Sehubungan dengan itu, peningkatan Unit Kualiti HSAJB telah dipergiatkan semula pada awal tahun 2006, selaras kearah persediaan dalam pengiktirafan dengan dipengerusikan oleh Pengarah Hospital dan dianggotai oleh semua ketua-ketua Jabatan, pakar-pakar dari pelbagai jabatan klinikal dan sokongan.

POLISI

  • Hospital adalah bertanggungjawab dan komited terhadap perancangan, perlaksanaan dan pemantauan program kepastian kualiti “Quality Assurance Programme demi menjamin mutu dan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan.
  • Semua anggota akan sentiasa dimaklumkan untuk memahami dan menghayati program peningkatan kualiti sehingga menjadi satu budaya dan amalan dalam setip perkhidmatan.
  • Jawatankuasa induk merancang, menyelaras dan memantau semua aktiviti kualiti hospital dan hasil rumusan mesyuarat jawatankuasa induk kualiti ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pengurusan hospital dari masa ke semasa.
  • Semua unit akan mengadakan aktiviti peningkatan kualiti dari masa ke semasa seperti kajian kepuasan pelanggan, aktiviti audit, promosi imej dan lain-lain untuk memantau dan menilai keberkesanan perkhidmatan dari masa ke semasa.
  • OBJEKTIF KUALITI

  • Membentuk data asas untuk aktiviti peningkatan kualiti (Quality Improvement) di hospital awam di Malaysia, meneliti kelebihan dan kekurangan aktiviti.
  • Mengenalpasti masalah dalam struktur kualiti serta sumber manusia dan mewujudkan langkah-langkah pembaikan untuk program Jaminan Kualiti (QAP)
  • AKTIVITI-AKTIVITI DI BAWAH UNIT KUALITI

  • Program Penjaminan Kualiti (QAP)/ NIA/ HSA.
  • ISO
  • Akreditasi
  • Aduan
  • Clinical Practice Guideline (CPG)
  • Registry
  • Credentialing & Privileging
  • Infection Control
  • Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA)
  • Incident Reporting
  • Piagam Pelanggan
  • Budaya Korporat
  • Inovasi dan KMK
  • Audit
  • Continuous Profesional Development (CPD)
  • Clinical Research (CRC)
  • Health Promoting Hospital
  • Keselamatan Pekerja (OSHA)
  • Consumer Relation
  • ICT
  • Promosi Imej / Imej Korporat
  • AKTIVITI-AKTIVITI JAWATANKUASA UNIT KUALITI:

    1)   Mengawasi melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital yang  dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    2)   Menjalankan kajian yang dianjurkan oleh KKM, JKNJ, IPK dan IPSK.

    3)   Mengadakan mesyuarat kualiti sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

    4)   Merancang latihan bengkel/ kursus dan juga “echo traning” untuk anggota semua peringkat berkaitan  aktiviti peningkatan kualiti.

    5)   Mengadakan Konvensyen QAP, KMK, Inovasi peringkat hospital setiap tahun.

    6)   Memastikan semua penyelaras bagi setiap aktiviti kualiti menyediakan laporan masing-masing dan dipersembahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Unit Kualiti yang diadakan 2 kali setahun.

    7)   Menyediakan buku laporan tahunan aktiviti kualiti.

    8)   Membantu di dalam menganalisa, mengenalpasti dan menjalankan penilaian terhadap keberkesanan, kejayaan, kegagalan serta masalah yang dihadapi di hospital dalam mencapai standard yang telah ditetapkan.

    9)   Menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti peningkatan kualiti.

                                                                                                 Kembali Ke Laman Utama Portal HSAJB

    Recommend this page to a friend! Prepare to print