KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

OFTALMOLOGI

 
 

DR. FRANCESCA MARTINA VENDARGON

KETUA JABATAN DAN PAKAR PERUNDING OFTALMOLOGI

 
 
FUNGSI JABATAN

     Klinik Mata terletak di bahagian C bangunan poliklinik Hospital Sultanah Aminah. Ia diketuai oleh seorang Pakar Perunding Oftalmologi Gred U54. Perkhidmatan Pesakit Luar dijalankan pada setiap hari untuk semua kes-kes kecemasan dan kecederaan. Klinik kes-kes biasa dijalankan pada Isnin, Rabu dan Jumaat. Klinik penyakit diabetik dijadualkan pada Selasa dan Khamis. Pada Selasa dan Khamis, pembedahan mata seperti katarak dijalankan di dewan bedah besar dan pembedahan kecil serta rawatan laser dijalankan di klinik. Selain daripada itu, Pegawai Optometri menjalankan pelbagai klinik khas mengikut jadual mereka.

    Jabatan Oftalmologi memberi rawatan untuk semua penyakit mata anterior segment dan posterior segment seperti katarak, glaukoma, diabetik retinopati, age related macular disease, retinal detachment vitreo retinal disease dan menjalankan pembedahan kecil untuk penyakit seperti pterygium, entropion, ectopion dan lain-lain. Jabatan Oftalmologi juga memberi rawatan untuk semua kecederaan mata.

     Alat kelengkapan seperti A scan, B scan, visual field analyzer, keratometer, laser jenis YAG , argon dan diode, fundus camera digital dan slit lamp digunakan untuk membantu pemeriksaan pesakit. Untuk mengatasi kesibukan yang semakin teruk, sistem temujanji pesakit mengikut ‘sistem blok masa' telah dimulakan dan akan diguna pakai pada masa akan datang.
 
Recommend this page to a friend! Prepare to print