KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

ORTHOPEDIK

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU

ORTHOPEDIK

KETUA JABATAN
 
 
 
 

KETUA JABATAN DAN PAKAR BEDAH ORTHOPEDIK

Tel/Fax  : 607—223 1805

 

 

 
 
PENDAHULUAN

 

Jabatan Ortopedik merupakan salah satu komponen penting dalam perkhidmatan perawatan tulang  di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi semua peringkat umur. Jabatan ini juga peroperasi sebagai pusat rujukan kawasan selatan serta pusat latihan siswazah dan lanjutan lepasan siswazah.   


FUNGSI JABATAN


Jabatan Ortopedik berfungsi memberikan perkhidmatan seperti berikut:-

 

Ø       Memberi rawatan pesakit luar untuk kes-kes kepatahan tulang dan penyakit yang melibatkan tulang.

Ø      Memberi rawatan pesakit dalam untuk kes-kes trauma yang melibatkan kepatahan tulang dan penyakit yang melibatkan tulang.

Ø      Mengendalikan pembedahan trauma, elektif dan kecemesan ortopedik.

Ø      Menjalankan prosedur kecil di dewan bedah kecil (Barat 2).

Ø      Menjalankan Prosedur Day Care di Poly OT.

Ø      Menjadi pusat latihan untuk pegawai perubatan latihan siswazah.

Ø     Menjadi pusat latihan untuk pegawai yang mengambil kursus Sarjana Perubatan bagi bidang pembedahan Ortopedik secara sistem terbuka.

Ø     Memberi perkhidmatan dan lawatan kepakaran ke hospital daerah iaitu Pontian dan Kulai.

 

 

OBJEKTIF JABATAN ORTOPEDIK

 

Memberi pakej perkhidmatan seperti perundingan, membuat diagnosa, rawatan pembedahan dan perawatan lanjutan yang sebaik mungkin. Setiap maklumat pesakit adalah rahsia dan dipelihara.

 

Objektif Jabatan Ortopedik adalah seperti berikut:-

 

v     Untuk memulihkan pesakit-pesakit yang mengalami kepatahan atau penyakit-penyakit tulang yang memerlukan rawatan pembadahan untuk mencapai taraf kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.

 

v     Untuk mengurangkan kadar infeksi selepas pembedahan.

 

 

v     Untuk mengurangkan komplikasi dan ketidakselesaan kepada pesakit-pesakit semasa dan selepas menjalani rawatan pembedahan.

 

v     Untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin serta lebih bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri masing-masing.

 

JENIS PERKHIDMATAN

 

1. RAWATAN PESAKIT LUAR

Rawatan Pesakit luar bagi kes-kes rujukan  dan rawatan pembedahan ortopedik bagi dewasa dan kanak-kanak. Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan yang teliti serta waris-waris pesakit diberi penerangan yang terperinci tentang risiko sesuatu pembedahan atau penyakit.

 

2. RAWATAN PESAKIT DALAM WAD

Memberikan rawatan kepakaran Pembedahan Ortopedik yang bermutu tinggi kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad Pembedahan Ortopedik lelaki dan perempuan dan juga wad Pembadahan kanak-kanak.

3.
RAWATAN PEMBEDAHAN ORTOPEDIK
Menjalankan rawatan pembedahan kepakaran Ortopedik secara kecemasan ataupun elektive. Pembedahan Combine   dengan Jabatan  Plastic,  Pembedahan Am dan dengan lain-lain Jabatan bila perlu.

4.   PUSAT RUJUKAN

Berfungsi sebagai pusat rujukan, serta sedia menerima dan memberikan rawatan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes-kes yang dirujuk oleh mana-mana Hospital Kerajaan dan swasta serta mana-mana klinik kerajaan dan swasta.

5. LAWATAN PAKAR ORTOPEDIK KE HOSPITAL LAIN

Perkhidmatan pesakit luar dikendaliakan oleh seorang Pakar Ortopedik dan  seorang pegawai perubatan setiap hari selasa minggu ke 2 dan 4 di Hospital Kulai dan setiap hari selasa minggu ke 1 dan 3 di Hospital Kulai. Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pesakit dari kawasan tersebut untuk berjumpa Pakar Ortopedik dan juga untuk mengurangkan beban kerja di Jabatan Orthopedik Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu, Johor.

6.
PERKHIDMATAN KEPAKARAN PEMBEDAHAN ORTOPEDIK KE HOSPITAL LAIN

Perkhidmatan kepakaran pembedahan Ortopedik ke Hospital Kulai setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis dijalankan di Dewan Bedah Hospital Kulai. Selain dari itu Pembedahan subkepakaran seperti Arthroplasty dan Spine juga dilakukan oleh pakar Ortopedik di Hospital-hospital yang memerlu bantuan dari pakar Ortopedik Hospital Sultanah Aminah Johor Baru. Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk mengurangkan beban kerja di Jabatan Ortopedik Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru, Johor.

7. PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN HARIAN (Daycare)

Merupakan perkhidmatan pembedahan kecil yang tidak memerlukan kemasukan ke wad. Pembedahan Daycare dijalankan setiap hari Isnin waktu pagi.

8. PUSAT LATIHAN KEPAKARAN PEMBEDAHAN AM

Memberikan latihan kepakaran Pembedahan Ortopedik kepada bakal-bakal Pakar dan kursus dalaman kepada semua kategori kakitangan di Jabatan Ortopedik bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan Ortopedik. 

 

 

WAKTU OPERASI KLINIK

 

         Masa

Hari

8.00am -1.00pm

1.00pm – 2.00pm

2.00pm – 5.00pm

AHAD

 

Klinik Pesakit Luar 

Rehat

JOURNAL CLUB

ISNIN

 

Klinik Pesakit Luar

Rehat

X-Ray Conferance

SELASA

 

Klinik Pesakit Luar

Rehat

H/O TEACHING

RABU

 

Klinik Pesakit Luar

Rehat

M/O TEACHING/

JOURNAL CLUB/MORTILITY

KHAMIS

 

Klinik Pesakit Luar 

Rehat

(2.00pm – 3.30pm)

X-Ray Conferance

 

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print