" /> Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

PEMBEDAHAN AM

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU

JABATAN PEMBEDAHAN AM

KETUA JABATAN

 

MADAM TUAN NUR' AZMAH TUAN MAT

KETUA JABATAN DAN PAKAR  PERUNDING KANAN PEMBEDAHAN

 

Tel  : 607—223 1666 (samb. 2324)

Fax : 607—226 1028
Email : 

 

 

 

PENDAHULUAN 

 Jabatan Pembedahan Am merupakan salah satu komponen penting dalam perkhidmatan pembedahan di Hospital Sultanah Aminah bagi memberikan perkhidmatan pembedahan kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak.  Ia beroperasi sebagai pusat rujukan kawasan selatan serta pusat latihan siswazah dan lanjutan lepasan siswazah .

 

FUNGSI  JABATAN 

Perkhidmatan yang disediakan termasuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit  di dalam wad serta kes-kes rujukan.  Perkhidmatan untuk pesakit luar, rawatan pembedahan kecemasan ‘emergensi’, elektif, endoskopi, rawatan harian (Day Care) dan prosedur kecil di klinik.  Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dalam wad serta memberikan kemudahan kepada pesakit.

 

OBJEKTIF JABATAN PEMBEDAHAN AM 

Memberi pakej perkhidmatan  seperti perundingan, membuat diagnosa, rawatan pembedahan dan perawatan lanjutan.  Selain dari kemudahan yang disediakan, ia juga memastikan rahsia peribadi (privacy)di pelihara.

 

Objektif Jabatan Pembedahan Am adalah seperti berikut:

 

·        Untuk memulihkan pesakit-pesakit yang mengidap penyakit-penyakit yang perlukan atau mungkin memerlukan rawatan pembedahan untuk mencapai taraf kesihatan yang optima.

 

·        Untuk mengurangkan kadar infeksi selepas pembedahan.

 

·        Untuk mengurangkan komplikasi dan ketidakselesaan kepada pesakit-pesakit semasa dan selepas menjalani rawatan pembedahan.

 

·        Untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin serta lebih bertangguggjawab untuk menjaga kesihatan diri masing-masing.

 

 

JENIS  PERKHIDMATAN
 

 

1.       RAWATAN  PESAKIT  LUAR

        Rawatan Pesakit luar bagi kes-kes rujukan dan rawatan Pembedahan  

        Am bagi dewasa dan kanak-kanak serta klinik pemeriksaan Payu Dara.

        Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan dan   

        penyiasatan yang teliti dan waris-waris mereka diberikan penerangan

        yang teliti tentang risiko jika ada mengenai sesuatu penyakit.

 

2.      RAWATAN  PESAKIT  DALAM  WAD

       Memberikan rawatan kepakaran Pembedahan yang bermutu tinggi  

         kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad Pembedahan lelaki  

         dan   perempuan dan juga wad Pembedahan kanak-kanak.

 

3.       RAWATAN  PEMBEDAHAN

             Menjalankan rawatan pembedahan kepakaran Pembedahan sama ada    

                                          secara kecemasan ataupun elektif . Pembedahan ‘combine’dengan         

                                          lain-lain kepakaran seperti plastic dan juga Urology juga dilakukan.

 

4.      PUSAT  RUJUKAN                                                                 

            Berfungsi sebagai pusat rujukan,  serta sedia menerima dan

                memberikan   rawatan yang sewajarnya kepada semua kes-kes yang

                dirujuk oleh  mana-mana Hospital Kerajaan dan swasta serta

                mana-mana klinik  kerajan dan swasta.

 

5.      LAWATAN  PAKAR  PEMBEDAHAN  KE HOSPITAL LAIN

            Perkhidmatan ini diadakan di Hospital Kulai pada setiap hari Selasa 

                minggu ketiga. dan Hospital Pontian setiap hariIsnin minggu pertama.

 

6.      PERKHIDMATAN  PEMBEDAHAN  HARIAN

            Merupakan perkhidmatan pembedahan kecil yang tidak memerlukan

                                        kemasukan ke wad.  Ia dijalankan pada hari Isnin petang, Selasa dan

                                        Khamis pagi.

  

7.      PERKHIDMATAN ‘ENDOSKOP’

            Perkhidmatan diagnosa serta perawatan dengan menggunakan 

                                        Endoskop’.  Pekhidmatan ini dijalankan pada hari Selasa,  

                                        Rabu dan Khamis.                 

 

8.      PERKHIDMATAN  PALIATIF

            Berfungsi sebagai pusat rawatan susulan kanser yang kronik

                Di unit ini juga perawatan `Chemo`  dijalankan.

 

      9.   PUSAT LATIHAN KEPAKARAN PEMBEDAHAN AM

            Memberikan latihan kepakaran Pembedahan Am kepada bakal-bakal 

                Pakar dan kursus dalamam kepada semua kategori di Jabatan  

                Pembedahan Am bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan

                Pembedahan Am

 

10.  KLINIK  PEMERIKSAAN  PAYU  DARA

            Merupakan klinik yang menjalankan pemeriksaan payu dara.       

                                        Klinik ini hanya dijalankan pada hari Jumaat pagi sahaja.

                       

11.  PENDAFTARAN  DATA  KANSER (CANSER REGISTRY)

Jabatan Pembedahan telah menjalankan statistic tentang bilangan

Pesakit barah setiap bulan di negeri Johor secara berterusan.

                        

12.  PERKHIDMATAN  BERKHATAN

Perkhidmatan ini hanya dijalankan untuk murid sekolah pada usia

dari 9 tahun hingga 12 tahun bagi tujuan kehendak tuntutan agama.

Biasanya program ini diadakan pada cuti penggal persekolahan

akhir tahun.

 

    DEPARTMENT OF GENERAL SURGERY SCHEDULE 

 waktukliniksfuc


 

 

 

Kembali ke Laman Utama Portal HSAJB

Recommend this page to a friend! Prepare to print