KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

PERGIGIAN

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU

JABATAN  PERGIGIAN - UNIT PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK

KETUA JABATAN

 

 

 

PENGENALAN

 

Unit Pakar Pergigian Pediatrik di Hospital Sultanah Aminah telah ditubuhkan pada 1992. Diawal penubuhannya unit ini hanya terdiri daripada seorang pakar dan 2 orang kakitangan sokongan iaitu seorang Pembantu Pembedahan Pergigian dan seorang Pembantu Perawat Kesihatan. Walaubagaimanapun setelah lebih sedekad ditubuhkan unit ini telah berkembang dan dianggotai lebih daripada 10 kakitangan dari pelbagai perjawatan.



Rawatan dijalankan di dewan bedah dan klinik

MAKLUMAT PERKHIDMATAN


 
Waktu Operasi

 

Rawatan Pesakit Luar

         · 

Isnin – Khamis

8.00 am - 1.00 pm

2.00 pm -  5.00pm

Jumaat

8.00 am - 12.15 pm
2.45 pm – 5.00 pm
        

Pembedahan
              
·   Rabu (minggu kedua & keempat setiap bulan) 8.00 am – 5.00 pm

Kecemasan

Selepas waktu pejabat, Hari Sabtu & Ahad dan hari – hari kelepasan am, pesakit akan diperiksa dan dirawat oleh pegawai pergigian bertugas atas panggilan

                   

  

Kaunter pendaftaran Klinik Pakar pergigian dan tempat menunggu



a)     Jenis Rawatan yang Disediakan

Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Hopsital Sultanah Aminah merupakan pusat rujukan untuk  rawatan pergigian kanak – kanak  dibawah 16 tahun  (kes-kes trauma dibawah 12 tahun). Rujukan hendaklah diperolehi daripada pegawai pergigian atau perubatan kerajaan atau swasta. Berikut adalah golongan pesakit yang dirujuk dan dirawat di klinik ini:-

a)       Kanak – kanak keperluan khas

b)       Kanak – kanak bermasalah perubatan

c)       Kanak – kanak yang tidak bekerjasama dan memerlukan rawatan

        pergigian komprehensif dibawah pembiusan am

d)       kanak – kanak yang mengalami trauma tisu lembut, maksilofasial

        dan trauma pergigian

e)       kanak – kanak yang mempunyai patologi mulut

f)        Kanak – kanak yang memerlukan rawatan interceptive orthodontic

        dan rundingan bersama di klinik orthodontik

g)       Kanak – kanak yang mempunyai anomali gigi, dentofasial dan

        memerlukan alat prostetik maksilofasial


     
Kembali ke Laman Utama Portal HSAJB

Recommend this page to a friend! Prepare to print