KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

PERPUSTAKAAN PERUBATAN

 

PENGENALAN

 

Perpustakaan Perubatan, Hospital Sultanah Aminah (PPHSA) telah diasaskan pada tahun 1968 di Tingkat 6, Bangunan Induk HSA selari dengan kewujudan Pusat Latihan Lanjutan Perubatan HSA. Setelah melalui beberapa kali proses permindahan sementara, PPHSA telah ditempatkan di Bangunan Pusat Bersalin pada 28 Mac 1994 sehingga 03 Mac 2008. Kemudian lagi sekali PPHSA diarah berpindah ke Bangunan Rose dan berkuatkuasa 04 Mac 2008 PPHSA telah mula beroperasi di Bangunan Rose bersama dengan Jabatan

Pendidikan Pesakit dan Dewan Rose.  Memperolehi bahan-bahan perpustakaan iaitu buku, jurnal dan sumber media melalui pembelian/ langganan, hadiah mahu pun sumbangan.

  • Mendokumentasi bahan-bahan perpustakaan mengikut standard antarabangsa dan kebangsaan. Menyediakan perkhidmatan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
  • Memperolehi bahan-bahan perpustakaan iaitu buku, jurnal dan sumber media melalui pembelian/ langganan, hadiah mahu pun sumbangan.
  • Menyokong Hospital Sultanah Aminah sebagai pusat penyebaran maklumat perubatan dan kesihatan menerusi koleksi bahan perpustakaan yang dimiliki serta aktiviti yang dijalankan.
  • Menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang melalui pembekalan maklumat yang lengkap dan terkini serta peralatan audio visual yang baik.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Perubatan, HSA ialah:-

Keahlian : Terbuka untuk semua kakitangan Hospital Sultanah Aminah, JB dan  keahlian adalah percuma.

Pinjaman :

  • Hanya kepada pengguna yang menjadi ahli perpustakaan sahaja. Hanya 2 buku dan 1  jurnal dibenarkan dalam satu tempoh pinjaman.
  • Pembaharuan - hanya dibenarkan selama seminggu, sekiranya buku tidak ditempah. Pembaharuan ulangan tidak dibenarkan, dan pinjaman semula hanya selepas dua minggu buku dikembalikan. Pembaharuan terhadap jurnal adalah tidak dibenarkan. 
  • Tempahan - Bahan yang dipinjam oleh pengguna lain boleh ditempah dan tempahan akan terbatal sekiranya pengguna tidak mengambil bahan dalam tempoh 24 jam. 
  • Pemulangan - Semua bahan mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh akhir pinjaman.  Denda 10 sen sehari dikenakan bagi setiap bahan yang lewat dipulangkan. Keahlian akan digantung sekiranya bahan tidak dipulangkan selepas peringatan ketiga.

Perkhidmatan Elektronik :  

Ahli perpustakaan boleh menggunakan perkhidmatan internet dengan percuma.  Kadar bayaran RM2.00 sejam dikenakan kepada pengguna yang bukan ahli perpustakaan. Kadar bayaran cetakan ialah 25 sen satu muka surat . 'Personal E-mail' adalah tidak dibenarkan.  

Perkhidmatan Fotokopi :

Kemudahan mesin fotokopi yang dikendalikan oleh kakitangan PPHSA  kepada semua pengguna perpustakaan dengan bayaran 10 sen untuk setiap salinan muka surat .  

Perkhidmatan Tele Health :  

Disediakan untuk ahli PPHSA dengan HUKM secara percuma. Walaubagaimanapun tempahan perlu dibuat seminggu lebih awal.  

Perolehan Artikel :  

Ahli PPHSA boleh membuat permohonan keatas artikel jurnal yang tidak terdapat di PPHSA dan bayaran 10 sen dikenakan bagi setiap satu salinan artikel yang diperolehi samada dari IMR, UM dan sebagainya.   Kemudahan Penggunaan Dewan : Penggunaan Dewan Mini PGMC – Terletak di Bangunan Pusat Bersalin, terhad bagi tujuan mesyuarat klinikal, ceramah, kursus, bengkel dan tayangan video sahaja. Tempahan untuk penggunaan dewan hendaklah dimaklumkan kepada kakitangan perpustakaan (ext 3006) selewat-lewatnya 2 minggu daripada tarikh aktiviti akan diadakan. Terdiri daripada:-                             

i)    Dewan 1 yang boleh memuatkan lebih kurang 100 orang
ii)   Dewan 2 yang boleh memuatkan lebih kurang 50 orang  Penggunaan Dewan Rose – Tempahan untuk penggunaan boleh dibuatdengan En. Abdullah Bin Long (ext 2805), Bahagian Pentadbiran. Bolehmemuatkan lebih kurang 120 orang dan terletak di Bangunan Rose.

 

Kemudahan Tempat Letak Kereta

Tempat letak kereta yang luas dan selesa disediakan untuk pengguna PPHSA sahaja.
 
Maklumat lanjut boleh layari laman web PPHSA :-
http://pphsa08.blogspot.com/
Recommend this page to a friend! Prepare to print