KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

UNIT KEWANGAN

 

PENGENALAN
Unit Kewangan merupakan satu daripada cabang di bawah Pengurusan Hospital Sultanah Aminah. Pada tahun 2004, Unit Kewangan telah maju setapak ke hadapan dengan terlaksananya eSPKB (Sistem Perancangan Dan Kawalan Belanjawan Elektronik). Aplikasi ini telah banyak menyumbang kepada meningkatkan kecekapan ( delivery system ) di Unit Kewangan. Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru adalah merupakan jabatan pertama di negeri Johor di bawah Kementerian Kesihatan yang melaksanakan eSPKB. Bagi langkah selanjutnya, jabatan berhasrat untuk melaksanakan ePerolehan pada tahun 2005.

FUNGSI UNIT KEWANGAN
Unit Kewangan adalah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kewangan seperti :

•  Menyediakan anggaran perbelanjaan jabatan meliputi perbelanjaan Belanja Mengurus dan pembangunan.
•  Mengawal dan memantau perbelanjaan bagi memastikan jabatan mencapai prestasi perbelanjaan yang tinggi.
•  Memproses bayaran-bayaran bagi :

•  Gaji
•  Pesanan Tempatan
•  Kontrak-kontrak kerajaan
•  Waran Udara
•  Tuntutan-tuntutan, dan
•  Bil-bil

•  Memanggil tawaran sebutharga dan tender.

 

UNIT HASIL

 

PENGENALAN

Unit Hasil merupakan satu unit sokongan dimana perkhidmatan utamanya adalah mengutip bayaran setelah bil disediakan bagi pesakit-pesakit yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah. Unit Hasil juga bertanggungjawab ke atas perkhidmatan pendaftaran pesakit dalam yang beroperasi 24 jam serta mengutip deposit kemasukan ke wad.          

OBJEKTIF UNIT HASIL

•  Mengutip Hasil Kerajaan terutamanya bil hospital dengan berkesan iaitu  memastikan setiap pesakit menjelaskan bil sebelum pulang.
•  Mengutip deposit mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi pesakit yang mendaftar sebagai pesakit dalam.
•  Mengikut peraturan dan melaksanakan perintah Am, Perintah Fee (Perubatan) 1951, Pekeliling Kemajuan Awam, Arahan Perbendaharaan dalam setiap tugasan.
•  Memberi perkhidmatan dan layanan yang cekap dan mesra kepada pesakit dan pelanggan.
•  Mengurangkan tunggakan bil Hospital selaras dengan arahan Kementerian.

FUNGSI UTAMA PENGURUSAN PENDAFTARAN

•  Pendaftaran Masuk Pesakit Berkomputer
•  Pendaftaran Masuk Pesakit Secara Manual Semasa Gangguan sistem
•  Pengendalian Surat Akuan / Jaminan Di BDM
•  Terimaan Hasil Di Bilik Daftar Masuk
•  Pindah Wad Ke Kelas Yang Lebih Tinggi
•  Batal Pendaftaran.

PENGURUSAN HASIL

•  Pengendalian Surat Akuan / Jaminan Jabatan
•  Pemantauan Kutipan Cagaran Tambahan (Harian)
•  Penyediaan Bil di Unit Hasil / Wad
•  Penyediaan Bil Semasa Gangguan Sistem
•  Permohonan Pengecualian Bayaran Bil Hospital
•  Terimaan Hasil di Kaunter Unit Hasil
•  Terimaan Bayaran semasa Gangguan Sistem / Gangguan Elektrik
•  Pengendalian Buku Tunai Cerakinan (Kew. 248)
•  Pengendalian Bil-bil Tertunggak / Hapuskira
•  Rekupmen Panjar Khas
•  Penyediaan Laporan Kutipan Hasil Bil hospital
•  Penyesuaian Akaun Amanah
•  Penyesuaian Akaun Hasil
•  Penyediaan Akaun Belum Terima (ABT2)
•  Pengwartaan Baki Cagaran Yang Tidak Dituntut

 

Kembali ke Laman Utama Portal HSAJB

Recommend this page to a friend! Prepare to print