KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

UNIT PEMBANGUNAN

 

 

Objektif Unit Pembangunan

 

Bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital ke atas semua hal ehwal berkaitan projek pembangunan di bawah unit ini.

 

Di antara tugas- tugas Unit Pembangunan :

 

  • Menguruskan peruntukan di bawah anggaran belanjawan pembangunan termasuk menyelaraskan dan pengagihan peruntukan pembangunan bagi jabatan-jabatan di bawah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
  • Mengurus perolehan terus dan sebut harga bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru selaras dengan pengagihan peruntukan yang disediakan.
  • Mengeluarkan surat tawaran dan melantik kontraktor-kontraktor yang terpilih serta menyediakan terma dan syarat-syarat perlantikan bagi memastikan kepentingan kerajaan terpelihara dan perlaksanaan projek dilaksanakan mengikut jadual.
  • Memantau dan mengawal selia kontraktor, pelaksanaan dan kemajuan projek serta mengatasi masalah yang berlaku semasa projek dilaksanakan.
  • Menguruskan pembayaran kepada kontraktor yang menyempurnakan projek dengan pengesahan daripada Sistem Awasan Taraf Sdn. Bhd. ( SIHAT ), syarikat konsesi Pantai Medivest Sdn. Bhd. dan jabatan pengguna.
  • Membuat penilaian projek dan prestasi perbelanjaan serta kontraktor bagi menentukan langkah pembaikan dan inovasi dilaksanakan dari masa ke semasa.
  • Menyediakan kertas cadangan permohonan peruntukan projek pembangunan dan menyediakan kertas justifikasi permohonan tambahan peruntukan pembangunan yang diperlukan dari masa ke semasa.
  • Menyediakan projek-projek mengikut keutamaan yang diperlukan oleh jabatan-jabatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
  • Memantau prestasi kerja penyenggaraan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi selaras dengan klausa-klausa perjanjian, TRPI, HSIP dan MAP serta mengadakan lawatan pemeriksaan bersama dengan syarikat konsesi.
  • Mengurus dan melaksanakan pemotongan yuran (deduction) dan menggunakan klausa-klausa 8.2, 21.2 dan 21.3 bagi memastikan perkhidmatan sokongan hospital tidak terjejas.
  • Mengurus, menyemak dan membuat pembayaran yuran perkhidmatan kepada syarikat konsesi Pantai Medivest Sdn. Bhd. setiap bulan serta memastikan pemotongan yuran telah dilakukan.
  • Mengendali dan menyelesaikan aduan-aduan jabatan berhubung kegagalan dan ketidakpuasan terhadap prestasi syarikat konsesi Pantai Medivest Sdn. Bhd. di dalam melaksanakan obligasinya.
  • Menyemak, meneliti dan menentukan kesahihan permohonan dan pelaksanaan kerja-kerja reimbursable (RW) oleh syarikat konsesi Pantai Medivest Sdn. Bhd.
  • Mengawalselia prestasi Sistem Awasan Taraf Sdn. Bhd. (SIHAT) didalam melaksanakan kawal selia syarikat konsesi dan kontraktor SIHAT dengan kerajaan.

 

 

 

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print