KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT ,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU


UNIT SUMBER MANUSIA

 

 

PN. NORAINI BINTI ABDULLAH
SUMBER MANUSIA

PENOLONG PENGARAH (SUMBER MANUSIA)  
    

NO. TEL: 07-2257290

NO. FAKS: 07-2242694


E-MEL :
norainiabd@johr.moh.gov.my

 

 

 

 

SENARAI TUGAS UNIT SUMBER MANUSIA 

 

PENGENALAN

 

Unit perkhidmatan diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Unit Perkhidmatan bertanggungjawab ke atas semua urusan perkhidmatan (pengurusan sumber manusia) iaitu dari proses pengesahan perlantikan sehingga ke proses persaraan anggota. 

 

Objektif

 

Melaksanakan urusan perkhidmatan mengikut tatacara dan peraturan yang telah digariskan dengan cekap serta berusaha memenuhi kehendak pelanggan dalaman dan luaran.

 

Tugas-Tugas Unit Sumber manusia

1. Menguruskan urusan perlantikan baru anggota.

2. Menguruskan dokumen-dokumen untuk perlantikan rasmi anggota.

3. Mengurus pertukaran masuk atau keluar anggota.

4. Menyediakan  dokumen bagi semua jenis perubahan gaji dan elaun (kew.8).  Memastikan

    perubahan direkodkan ke dalam buku perkhidmatan setiap anggota hospital.

5. Menguruskan permohonan pengesahan dalam jawatan dan  perlanjutan tempoh percubaan.

6. Menguruskan urusan perletakan dalam jawatan.

7. Menguruskan urusan persaraan wajib/pilihan sendiri/sebab kesihatan.

8. Menguruskan cuti rehat keluar negeri.

9. Menguruskan urusan tanggung kerja anggota hospital.

10.Menguruskan urusan pendaftaran penuh bagi Pegawai Perubatan Latihan Siswazah.

11.Menguruskan urusan pembaharuan kontrak/ganjaran kontrak untuk anggota hospital

     bertaraf kontrak.

12.Menguruskan kemasukan ke jawatan berpencen atau KWSP.

13.Mengurus pergerakan gaji tahunan anggota (1/1, ¼, 1/7 dan 1/10).

14.Mengadakan maklumat perjawatan yang terperinci mengikut program dan aktiviti dan

    mengemaskini kedudukan perjawatan mengikut tambahan/pindaan/naik taraf pemansuhan

    jawatan yang dibuat melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) dan Waran Perjawatan dari

    masa ke semasa.

15.Mengadakan maklumat yang kemaskini mengenai pengisian dan kekosongan jawatan dan

    menyelaras urusan pengambilan/pengisian jawatan-jawatan yang kosong.

16.Menguruskan data maklumat personnel berkomputer (HRMIS) bagi semua anggota hospital.

17.Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

                                                                                 Kembali ke Laman Utama Portal HSAJB

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend