KAMI MEMBANTU ANDA SIHAT ,

ENGLISH| MELAYU | A | A style blue style brown style purple style black

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU



JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

KETUA UNIT

                          PN.HJH SALHA BT.MOHD NOR                        
PEGAWAI DIETETIK U52

Tel  : 607—223 1666  samb 2641

Fax : 607—227 1259

E-mail  :  salha_69@yahoo.com /

salha@moh.gov.my

CARTA ORGANISASI JABATAN

” Insan positif akan melihat peluang dalam semua keadaan

manakala insan negatif akan berasa risau

dalam segala keadaan yang baik’’



PENGENALAN

 

Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan sebuah jabatan yang menawarkan perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan juga sokongan klinikal.  Terletak bersebelahan jabatan  Pengimejan dan Diagnostik , jabatan ini telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan hospital ini pada tahun 1882. Bermula dengan hanya menawarkan perkhimatan sajian, jabatan ini telah berkembang dengan memberi sokongan klinikal kepada hospital dalam bidang dietetik pada tahun 1988.



WAWASAN

 

            Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan Dietetik Klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hspital serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

            Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi , teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kulaiti berterusan.

MISI

 
Jabatan Dietetik dan Sajian berusaha untuk

 

i)                   Perkhidmatan Dietetik

Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan evidence based di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.

Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

ii)                 Perkhidmatan Sajian

Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan,  bersesuaian dengan teknologi semasa  serta berkualiti.

                 Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-                  polisi , pekeliling- pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

OBJEKTIF

 

Objektif Umum

 

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesioanl, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.



 

Objektif Khusus

i)                  Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut    pesanan wad.

ii)                Untuk memastikan diet kelas 1 dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan

iii)              Untuk memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam mengikut kelayakan

iv)              Untuk memastikan khidmat ‘medical nutrition therapy’ bagi oral diet serta ‘nutrition support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor

v)                 Untuk memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada  pelatih dari institusi pengajian tinggi.

vi)              Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.




PIAGAM PELANGGAN

  

1.     Menyediakan makanan normal dan teraputik yang mencukupi, seimbang, bermutu tinggi , menyelerakan, bersih dan selamat.

2.      Menyediakan makanan yang telah dimasak kepada wad pada waktu berikut:

i)                   SARAPAN PAGI – 7.30 – 8.00 PAGI

ii)                 MAKAN TENGAHARI – 11.30 – 12 TGH

iii)               MINUM PETANG – 3.30 – 4.00 PTG

iv)               MAKAN MALAM – 5.30 – 6.00 PTG

3.      Membekalkan catuan makanan kering bagi :

i)                   Pesakit ( yang memerlukan ) – Khamis setiap minggu

ii)                 Doktor atas panggilan – Khamis setiap minggu

4.     Membekalkan catuan malam bagi amggota hospital yang bertugas giliran  malam pada sehari sebelum selesai bertugas malam.

5.     Memberi perkhidmatan sokongan terkini dari segi pemakanan, kaunseling makanan dan pendidikan kepada semua pesakit yang dirujuk kepada pegawai Dietetik.

6.     Memberi latihan kepada penuntut dalam bidang makanan dan katering serta Institut Pengajian Tinggi.

OPERASI PERKHIMATAN KLINIK KAUNSELING DIET (PESAKIT LUAR)

                        HARI

                       MASA

ISNIN ~ KHAMIS

7.30 PG ~ 1.00 TGH
2.00 TGH ~ 5.30 PTG

JUMAAT

7.30 PG ~ 12.15 TGH
2.45 TGH ~ 5.30PTG




MAKLUMAT LANJUT JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

Sila klik pautan di bawah....

1) SKOP PERKHIDMATAN  DIETETIK  DAN SAJIAN

2) OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN

3) PENINGKATAN KUALITI BERTERUSAN

4) DIET PIAWAI HOSPITAL

5) DIET MODIFIKASI KONSISTENSI

6) DIET TERAPUTIK

 

                                                                                                                               
Kembali ke Laman Utama Portal HSAJB

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend