Piagam Pelanggan

Kami akan memastikan setiap pesakit yang mengunjungi kami diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional:-

1. Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan yang sewajarnya;
2. Memberikan perkhidmatan yang adil tanpa mengira umur, bangsa, agama, keturunan dan taraf sosioekonomi;
3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas;
4. Memberi penjelasan perihal dan status pesakit, pelan rawatan dan risiko serta rawatan alternatif sekiranya perlu; dan
5. Memastikan hal-hal peribadi / sulit pesakit dipelihara dan dirahsiakan.

Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk:

1. Mematuhi peraturan hospital;
2. Bekerjasama kepada warga hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda;
3. Bersedia memberi maklumbalas tentang perkhidmatan yang disediakan;
4. Menggunakan segala kemudahan dengan bertanggungjawab;
5. Menepati janji; dan
6. Mematuhi pelan rawatan yang diberi.

Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru @ 2020
Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas
  • Kemaskini Terakhir :
    22-10-2020