Unit Pengurusan Aset merupakan unit baru yang telah ditubuhkan pada 20 Jan 2010. Unit ini merupakan salah satu unit di bawah bahagian pengurusan. Sebelum ini, unit ini dikenali sebagai seksyen aset dan ia dibawah penyeliaan unit kewangan.
Unit Pengurusan Aset terbahagi kepada dua ( 2 ) seksyen yang utama iaitu :
Jabatan Pembedahan Am merupakan salah satu komponen penting dalam perkhidmatan pembedahan di Hospital Sultanah Aminah bagi memberikan perkhidmatan pembedahan kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak. Ia beroperasi sebagai pusat rujukan kawasan selatan serta pusat latihan siswazah dan lanjutan lepasan siswazah. Perkhidmatan yang disediakan termasuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit di dalam wad serta kes-kes rujukan. Perkhidmatan untuk pesakit luar, rawatan pembedahan kecemasan ‘emergensi’, elektif, endoskopi, rawatan harian (Day Care) dan prosedur kecil di klinik. Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dalam wad serta memberikan kemudahan kepada pesakit.
Memberi pakej perkhidmatan seperti perundingan, membuat diagnosa, rawatan pembedahan dan perawatan lanjutan. Selain dari kemudahan yang disediakan, ia juga memastikan rahsia peribadi (privacy)di pelihara.
Objektif Jabatan Pembedahan Am adalah seperti berikut:
RAWATAN PESAKIT LUAR
Rawatan Pesakit luar bagi kes-kes rujukan dan rawatan Pembedahan Am bagi dewasa dan kanak-kanak serta klinik pemeriksaan Payu Dara. Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan dan penyiasatan yang teliti dan waris-waris mereka diberikan penerangan yang teliti tentang risiko jika ada mengenai sesuatu penyakit.
RAWATAN PESAKIT DALAM WAD
Memberikan rawatan kepakaran pembedahan yang bermutu tinggi kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad pembedahan lelaki dan perempuan dan juga wad pembedahan kanak-kanak.
RAWATAN PEMBEDAHAN
Menjalankan rawatan pembedahan kepakaran pembedahan sama ada secara kecemasan ataupun elektif. Pembedahan ‘combine’dengan lain-lain kepakaran seperti plastic dan juga Urology juga dilakukan.
PUSAT RUJUKAN
Berfungsi sebagai pusat rujukan, serta sedia menerima dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes-kes yang dirujuk oleh mana-mana hospital kerajaan dan swasta serta mana-mana klinik kerajan dan swasta.
LAWATAN PAKAR PEMBEDAHAN KE HOSPITAL LAIN
Perkhidmatan ini diadakan di Hospital Kulai pada setiap hari selasa minggu ketiga dan Hospital Pontian setiap hari isnin minggu pertama.
PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN HARIAN
Merupakan perkhidmatan pembedahan kecil yang tidak memerlukan kemasukan ke wad. Ia dijalankan pada hari Isnin petang, Selasa dan Khamis pagi.
PERKHIDMATAN ‘ENDOSKOP’
Perkhidmatan diagnosa serta perawatan dengan menggunakan ‘Endoskop’. Pekhidmatan ini dijalankan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.
PERKHIDMATAN PALIATIF
Berfungsi sebagai pusat rawatan susulan kanser yang kronik di unit ini juga perawatan `Chemo` dijalankan.
PUSAT LATIHAN KEPAKARAN PEMBEDAHAN AM
Memberikan latihan kepakaran Pembedahan Am kepada bakal-bakal pakar dan kursus dalamam kepada semua kategori di Jabatan Pembedahan Am bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan Pembedahan Am
KLINIK PEMERIKSAAN PAYU DARA
Merupakan klinik yang menjalankan pemeriksaan payu dara. Klinik ini hanya dijalankan pada hari Jumaat pagi sahaja.
PENDAFTARAN DATA KANSER (CANSER REGISTRY)
Jabatan Pembedahan telah menjalankan statistic tentang bilangan pesakit barah setiap bulan di negeri Johor secara berterusan.
PERKHIDMATAN BERKHATAN
Perkhidmatan ini hanya dijalankan untuk murid sekolah pada usia dari 9 tahun hingga 12 tahun bagi tujuan kehendak tuntutan agama. Biasanya program ini diadakan pada cuti penggal persekolahan akhir tahun.

Di Jabatan Neurosurgeri adalah untuk pesakit yang mengalami masalah terhadap bahagian saraf mereka yang sangat mempengaruhi dengan otak, saraf tunjang, saraf periferal dan saraf serebrovaskular. Selalunya Neurosurgeri akan dikaitkan dengan pembedahan otak.
Sejak mula ditubuhkan, jabatan ini telah dapat meningkatkan perkhidmatan kepakaran yang tinggi dari masa kemasa.
RAWATAN PESAKIT LUAR
Rawatan Pesakit luar bagi kes-kes rujukan dan rawatan ulangan di klinik Neurosurgeri diadakan sebanyak 5 hari seminggu bermula jam 8.00 pagi pada setiap hari Khamis dan jumaat manakala klinik khas pakar, kes-kes baru dan kecemasan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan yang teliti yang mana pesakit dan waris-waris mereka diberikan penerangan yang teliti tentang cara perawatan dan risiko jika ada mengenai sesuatu penyakit.
RAWATAN PESAKIT DALAM WAD
Memberikan rawatan kepakaran Neurosurgeri yang bermutu kepada semua pesakit-pesakit yang di masukkan ke wad Neurosurgeri.
LAWATAN PAKAR NEUROSURGERI KE HOSPITAL-HOSPITAL DAERAH.
Perkhidmatan ini telah dimulakan oleh Dr. Ho Yau Shen pada bulan Oktober, 1991 yang mana beliau telah mengadakan lawatan ke Hospital-hospital daerah di negeri Johor bagi memberikan perkhidmatan kepakaran Neurosurgeri diperingkat Hospital Daerah. Perkhidmatan ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana bilangan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kepakaran di HSAJB kian bertambah.
PUSAT RUJUKAN
Berfungsi sebagai pusat rujukan bagi kawasan selatan semenanjung dan Malaysia timur. Jabatan ini sedia menerima dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes-kes yang dirujuk oleh mana-mana Hospital kerajaan dan swasta serta mana-mana klinik kerajaan dan swasta.
RAWATAN PEMBEDAHAN
Memberikan rawatan pembedahan kepakaran Neurosugeri kepada pesakit dan menjalankan pembedahan ‘combine’ dengan lain-lain kepakaran seperti pembedahan plastik, Orthopedik, ENT dan lain-lain.
PUSAT LATIHAN KEPAKARAN NEUROSURGERI
Memberikan latihan kepakaran Neurosurgeri kepada bakal-bakal pakar dan kursus dalaman kepada semua kategori staf di jabatan Neurosurgeri bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan Neurosurgeri.
Jabatan Ortopedik merupakan salah satu komponen penting dalam perkhidmatan perawatan tulang di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi semua peringkat umur. Jabatan ini juga peroperasi sebagai pusat rujukan kawasan selatan serta pusat latihan siswazah dan lanjutan lepasan siswazah.
Memberi pakej perkhidmatan seperti perundingan, membuat diagnosa, rawatan pembedahan dan perawatan lanjutan yang sebaik mungkin. Setiap maklumat pesakit adalah rahsia dan dipelihara.
Objektif Jabatan Ortopedik adalah seperti berikut:-
Jabatan Ortopedik berfungsi memberikan perkhidmatan seperti berikut:-
WAKTU OPERASI KLINIK
|
Masa Hari |
8.00am -1.00pm |
1.00pm – 2.00pm |
2.00pm – 5.00pm |
|
AHAD |
Klinik Pesakit Luar |
Rehat |
JOURNAL CLUB |
|
ISNIN |
Klinik Pesakit Luar |
Rehat |
X-Ray Conferance |
|
SELASA |
Klinik Pesakit Luar |
Rehat |
H/O TEACHING |
|
RABU |
Klinik Pesakit Luar |
Rehat |
M/O TEACHING/ JOURNAL CLUB/MORTILITY |
|
KHAMIS |
Klinik Pesakit Luar |
Rehat |
(2.00pm – 3.30pm) |
|
X-Ray Conferance |
Jabatan Urologi mula beroperasi berasingan dari Jabatan Pembedahan Am pada tahun 1993, apabila seorang Pakar Urologi pertama kali ditempatkan di hospital ini. Penubuhan unit berasingan ini bertujuan supaya kes-kes yang berkaitan dengan sistem saluran kencing dapat diberi perhatian dengan lebih khusus. Dalam perkembangan masa kini, kes-kes urologi yang kerap ditemui ialah batu karang, masalah kelenjar prostat bagi lelaki, jangkitan pada saluran kencing, masalah kongenital seperti hypospadias, impotence dan infertility serta lain-lain masalah yang berkaitan. Sejak dimulakan pada tahun 1993, bilangan pesakit yang datang mendapatkan rawatan meningkat dari setahun ke setahun.
Bagi mengurangkan kesesakan akibat peningkatan bilangan pesakit luar, pada tahun 1998 jabatan ini terpaksa dipindahkan dari premis asal tingkat bawah Bangunan Poliklinik ke aras 3 di bangunan yang sama, mengisi ruang yang dikosongkan oleh Tabung Darah yang berpindah ke Bangunan Induk. Bilik pemeriksaan bertambah daripada dua kepada tiga buah dan ruang menunggu yang lebih besar dan selesa serta boleh menempatkan 50 pesakit pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun keselesaan ini hanya sementara sahaja disebabkan bilangan pesakit yang terus meningkat setiap tahun.
Walaupun hari klinik telah ditambah dari 2 kepada 4 hari seminggu (hari Isnin dijadikan hari klinik untuk kes-kes baru sahaja), namun tidak dapat mengatasi masalah kesesakan yang kian meruncing. Masalah tersebut dapat diatasi sekiranya Klinik Urologi ditempatkan semula di tempat yang lebih luas.
Tambahan sessi klinik pesakit luar pada setiap hari Isnin tidak dapat mengurangkan kesesakan akibat bilangan pesakit yang bertambah. Dengan bilangan kedatangan pesakit luar yang mencecah 19,645 pada tahun 2009, bilangan pesakit baru pada setiap hari Isnin mencapai 80 pesakit sehari dan pesakit ulangan yang diperiksa pada hari Selasa dan Rabu mencapai 160 sehari.
Dalam kajian yang dibuat pada tahun 2010, purata lama masa menunggu untuk pendaftaran ialah 30 minit dan purata masa menunggu untuk diperiksa oleh doktor sehingga 2 jam. Kajian juga menunjukkan ramai pesakit tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan khususnya lama masa menunggu untuk pembedahan dan rawatan susulan. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Walaupun masa menunggu untuk pembedahan terlalu lama (lebih setahun untuk kes-kes hypospadias,staghorn calculus) namun tiada perubahan yang dapat dilakukan untuk aktiviti pembedahan. Waktu pembedahan yang dikhaskan kepada bahagian Urologi adalah pada setiap hari Isnin(dari pukul 8pagi hingga 8 malam),Khamis(9pagi hingga 4petang),serta Rabu minggu pertama dan ketiga (dari pukul 9pagi hingga 4petang).
VISI
Menaikan taraf kesihatan penduduk Negeri Johor Setaraf dengan misi Jabatan Kesihatan Malaysia
MISI
Menyediakan satu perkhidmatan kesihatan yang akan meninggikan taraf kesihatan melalui promosi cara hidup sihat, pencegahan penyakit serta perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti didalam suasana penyayang.
RAWATAN PESAKIT DALAM
|
Wad |
Tempat |
|
Lelaki |
20 Katil - Wad Timur 5 (Urologi) |
|
|
(berkongsi dengan Pembedahan Am
|
|
Kanak-kanak |
Wad Timur 5 (Kanak-kanak) (berkongsi dengan Pembedahan Am |
|
|
|
RAWATAN PESAKIT LUAR
|
HARI |
MASA |
AKTIVITI |
|
ISNIN |
8.00 PAGI –5.00 PETANG
|
Kes-kes baru dan kes-kes rujukan dari hospital daerah. Semakan kad-kad temujanji pesakit, lapuran makmal, X-Ray dan temujanji.
|
|
SELASA |
8.00 PAGI-5.00 PETANG
|
Klinik Pakar dan kes susulan terutamanya kes-kes barah.
Semakan kad-kad temujanji pesakit, lapuran makmal, X-Ray dan temujanji.
|
|
RABU |
8.00 PAGI-5.00 PETANG
8.00PAGI-5.OOPETANG |
Klinik Pakar dan kes susulan terutamanya kes-kes prostat.
Pembedahn kecil(CE prosedur yang telah ditetapkan oleh Pakar dan Pegawai Perubatan) |
|
KHAMIS |
8.00 PAGI-5.00 PETANG
|
Klinik Prostat Hari Biopsy ( kes-kes Prostat) |
|
JUMAAT |
8.00 PAGI-1.00 PETANG
8.00PAGI-5PETANG
|
Klinik Prostat
Stenting (di bilil Bedah Am) |
Jabatan Urologi Hospiatl Sultanah Aminah,Johor Bahru telah mengadakan kempen Incontinence peringkat negeri di foyer klinik pakar pada 12June2010 & 13th june 2010 .Kempen ini dianjurkan sempena World Incontinence Day yang diadakan serentak diseluruh Malaysia.
Seramai telah diperiksa dan seramai telah diarahkan untuk mengikuti rawatan susulan di Klinik Urologi.
Jabatan Urologi Hospiatl Sultanah Aminah,Johor Bahru telah mengadakan kempen kesedaran kelenjar prostat di negeri Johor bermula dari 25hb September 2010 sehingga 16hb October 2010. Kempen ini buat pertama kalinya telah dianjurkan di negeri Johor dimana ianya meliputi 6 daerah di negeri Johor.
25&26hb September 2010 – Daerah Johor Bahru
2hb Oktober 2010 – Daerah Kluang & Segamat
9hb Oktober 2010 – Daerah Batu Pahat & Muar
16hb Oktober 2010 – Daerah Mersing
Kempen ini telah dilaksanakan dengan kerjasama dari Jabatan Urologi,Hospital Selayang dan juga Jabatan Urologi,Hospital Kuala Lumpur. Kempen ini telah mendapat sambutan yang meriah dari masyarakat tempatan dimana seramai lebih dari 950 orang telah diperiksa sepanjang kempen ini berlangsung dan seramai 400 orang telah diarahkan untuk mendapat rawatan susulan di Jabatan Urologi,Hospital Sultanah Aminah.Jabatan Urologi,Hospital Sultanah Aminah juga bercadang untuk menganjurkan Kempen seperti ini buat masa kesemasa supaya dapat mendidik dan juga memupuk kesedaran kelenjar prostat dikalangan penduduk di seluruh daerah Johor.
