Panduan Daftar Masuk ke Wad

 

  1. Sila datang ke Kaunter Daftar Masuk (BDM) yang terletak di bangunan Induk Hospital Sultanah Aminah Johor pada tarikh yang telah ditetapkan dalam borang arahan masuk wad untuk urusan pendaftaran.
  2. Sekiranya anda tidak dapat hadir pada hari tersebut, sila hubungi Klinik Pakar yang berkenaan untuk mendapatkan tarikh temujanji yang baru.
  3. Sila bawa bersama dokumen / keperluan berikut: 
    • Borang Arahan Masuk Wad
    • Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Passport/ dokumen perjalanan yang sah
    • Surat Jaminan yang sah/ Salinan asal dan fotostat kad pesara (pesara kerajaan)
    • Bayaran Deposit Hospital (Wang Tunai / Kad Debit / Kad Kredit)
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan
    • Pesakit Warganegara Asing yang di bawah perlindungan insurans REMEDI / SPIKPA perlu membawa Passport yang asal
    • Keperluan peribadi seperti peralatan mandian dan lain-lain
Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru @ 2020
Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas
  • Kemaskini Terakhir :
    22-10-2020