SOALAN LAZIM BERKAITAN VAKSIN COVID-19

 

Apakah itu vaksin?

Vaksin adalah satu produk yang dihasilkan dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan, atau dari protein subunit pada virus.

 

Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

 

Vaksin membantu sistem imun dengan melatih antibodi ini untuk mengenalpasti virus-virus tertentu supaya sistem imun cukup bersedia apabila tiba masa virus sebenar menyerang badan anda.

 

Vaksin diberikan untuk membantu merangsang sistem ketahanan semulajadi badan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus.

 

Jenis-jenis vaksin secara amnya dikategorikan seperti berikut:

 

  1. Viral Vector Vaccine: mengandungi ubat suai virus (vector) untuk menyampaikan kod genetik antigen, seperti vaksin Ebola.
  2. Inactivated Virus Vaccine: mengandungi virus atau bakteria yang telah dimatikan, seperti inactivated polio vaccine, influenza, rabies.
  3. Nucleic Acid (RNA vaccine): mengandungi DNA atau RNA coding daripada protein virus seperti vaksin COVID-19.
  4. Live-Attenuated Virus Vaccine: mengandungi virus atau bakteria yang telah dilemahkan seperti vaksin MMR, yellow fever vaccine.
  5. Protein Subunit Vaccine: mengandungi protein subunit virus atau bakteria seperti vaksin untuk pertussis dalam vaksin DTaP.
  6. Toxoid Vaccine: mengandungi toxoid yang telah dilemahkan seperti vaksin DTaP yang mengandungi diphtheria dan tetanus toxoid.

 

Vaksin adalah cara mudah, selamat dan berkesan untuk melindungi individu daripada penyakit berjangkit. Vaksinasi menjadikan sistem ketahanan badan lebih kuat. Vaksin tidak menyebabkan jangkitan kerana ia mengandungi virus yang dimatikan atau lemah.

Apakah situasi terkini dalam penghasilan vaksin COVID-19?

 Sehingga kini KKM sedang meneliti 10 vaksin COVID-19 yang telah memasuki Fasa III kajian klinikal:

  1. 4 viral vector vaccine
  2. 3 inactivated virus vaccine
  3. 2 RNA based vaccine
  4. 1 virus-like particle vaccine

Perbandingan antara 4 vaksin yang telah melaporkan keputusan awal kajian klinikal fasa III:

 

Syarikat

Jenis

Bil. dos

Keberkesanan

Penyimpanan

Pfizer-BioNTech

mRNA

2

95%

-70°C

Oxford Uni- Astrazeneca

Viral vector

2

62-90%

2-8°C (suhu peti sejuk)

Moderna

mRNA

2

95%

-20°C selama 6 bulan

Gamaleva

(Sputnik V)

Viral vector

2

92%

2-8°C (suhu peti sejuk)

 

Syarikat

Nama Vaksin

Jenis

Dos diperlukan

Keberkesanan

Penyimpanan

Pfizer-BioNTech

Comirnaty BNT-162b2

mRNA

2 dos selang 21 hari antara dos

 

 Secara suntikan ke dalam otot

 

95%

ULTF/ Thermal shipper: -70°C hingga -80°C

 

Top loading: 2-8°C bagi tempoh 5 hari

 

Oxford Uni- Astrazeneca

Covishield AZA-1222 Ad5-CoV

Viral vector

2 dos selang masa sekurang kurangnya 4-12 minggu antara dos

70% bergantung pada dos

Top loading: 2-8°C bertahan sehingga 6 bulan

Sinovac

Coronavac

Inactivated

2 dos

65%-91%

Top loading: 2-8°C bertahan sehingga 3

tahun

CanSinoBio

Cansino/

Convidecia

Viral vector

2 dos dengan selang masa 14-28 hari di antara dos

-

-

Moderna

-

mRNA

2 dos

95%

-20°C selama 6 bulan

Gamaleya

(Sputnik V)

Sputnik V

Viral vector

2 dos dengan selang masa 21 hari di antara dos

92%

Top loading: 2-8°C

 

Bagaimana cara vaksin diberikan kepada orang awam?

Vaksin diberikan secara suntikan sama ada satu atau dua dos bergantung kepada jenis vaksin. Walaubagaimanapun, kebanyakan vaksin COVID-19 yang dibangunkan memerlukan dua dos bagi memastikan perlindungan sepenuhnya dapat dicapai. Orang awam yang telah menerima vaksin dos pertama perlu memastikan untuk mendapatkan dos kedua dari jenis yang sama pada tarikh yang ditetapkan.

Maklumat tambahan yang anda perlu tahu sebelum menerima vaksin

Vaksin ini tidak boleh diberikan jika anda mempunyai alahan kepada bahan aktif atau bahan tambahan lain di dalam vaksin ini.

Maklumkan doktor atau jururawat sebelum anda diberi vaksin jika anda:

  1. Mempunyai alahan yang serius sebelum ini terhadap sebarang vaksin, ubat-ubatan atau produk makanan
  2. Mengalami masalah berkaitan pemberian dos pertama vaksin covid-19 seperti reaksi alahan atau masalah pernafasan, sebelum anda menerima dos kedua
  3. Berasa tiidak sihat dan demam dengan suhu badan yang tinggi
  4. Sistem ketahanan badan yang lemah contohnya disebabkan oleh jangkitan HIV, atau anda mengambil ubat yang mempengaruhi sistem imun
  5. Mempunyai masalah pendarahan, lebam atau menggunakan ubat untuk menghalang pembekuan darah.

Apa yang perlu saya lakukan setelah mendapat vaksin?

Vaksin mungkin akan menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti sakit di bahagian suntikan, lemah badan, demam dan lain-lain. Penerima vaksin perlu membuat pemantauan tahap kesihatan masing-masing, sekiranya mengalami gejala-gejala tersebut atau apa-apa masalah kesihatan selepas menerima vaksin, mereka perlu membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berdekatan.

Selain itu, penerima vaksin perlu mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan norma baharu kerana terdapat sedikit peratusan penerima vaksin yang tidak menunjukkan respon terhadap vaksin. Oleh itu, penerima vaksin perlu mangamalkan 3W dan mengelakkan 3C iaitu:

 

  1. Basuh tangan anda dengan sabun atau gunakan pembersih tangan (hand sanitizer)
  2. Penjarakan fizikal 1 meter
  3. Pakai pelitup mika di tempat sesak

Bolehkan saya mendapatkan vaksin selain daripada vaksin COVID-19, contohnya vaksin influenza pada masa yang sama saya mengambil vaksin COVID-19?

Anda harus menunggu sekurang-kurangnya 14 hari setelah menerima vaksin lain sebelum mendapat vaksin COVID-19. Tunggu sekurang-kurangnya 28hari setelah mendapat dos kedua vaksin COVID-19 sebelum mendapatkan vaksin lain. Sila hubungi doktor di klinik kesihatan yang berhampiran jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.

Siapa yang boleh mendapat vaksin COVID-19?

Semua individu yang berusia 18 tahun ke atas boleh mengambil vaksin COVID-19 kecuali individu berikut:

  1. Mempunyai sejalah alahan/ alergi serius (anafilaksis) terhadap ubat-/makanan/vaksin yang memerlukan rawatan di hospital
  2. Mempunyai sistem imun (pertahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan ibu yang mengandung atau menyusukan anak.

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor bagi memastikan anda layak menerima vaksin COVID-19.

Adakah vaksin akan diberikan secara serentak kepada semua rakyat Malaysia?

Tidak. Program Vaksinasi COVID-19 akan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengutamakan kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Terdapat beberapa kumpulan sasaran utama di dalam pemberian vaksin COVID-19 iaitu:

  1. Kumpulan sasaran pertama: Petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan, petugas penjaga pusat warga emas, polis, tentera, imigresen, bomba
  2. Kumpulan sasaran kedua:
    1. Individu yang berumur lebih dari 60 tahun
    2. Individu yang menghidap penyakit kronik seperti hipertensi, diabetis, penyakit jantung dan penyakit saluran pernafasan.
    3. Orang kelainan upaya.
  3. Populasi dewasa lain sehingga mencapai imuniti seperti disarankan

Adakah vaksin COVID-19 boleh diberikan kepada individu yang pernah dijangkiti COVID-19?

Ya. Vaksin COVID-19 boleh diberikan kepada individu yang telah sembuh daripada jangkitan COVID-19.

Vaksin yang akan diperolehi tidak melibatkan kanak-kanak, kenapa? Adakah vaksin tersebut untuk kegunaan had umur tertentu?

Kajian klinikal vaksin yang dibangunkan pada masa ini tidak melibatkan kumpulan umur kanak-kanak. Tiada data keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap kumpulan ini. Vaksin tidak diberikan sehingga kajian klinikal pembangunan vaksin menunjukkan ia selamat dan berkesan terhadap kanak-kanak.

Bilakah bekalan vaksin dijangka dapat diperolehi?

Dijangkakan vaksin akan diperolehi pada bulan Februari 2021 namun ianya bergantung kepada proses pendaftaran vaksin oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang akan merangkumi aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Bolehkah seseorang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit seperti diabetis, hypertensi dan sebagainya mengambil vaksin COVID-19?

Mereka yang dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi (co-mobid) boleh mengambil vaksin COVID-19 kecuali jika mereka berada dalam keadaan sistem imun (pertahanan badan) yang lemah akibat penyakit dan rawatan seperti pesakit HIV atau pesakit kanser yang sedang menerima kemoterapi. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil vaksin COVID-19.

 

Adakah individu yang disahkan atau disyaki positif (dalam tempoh 14 hari setelah disahkan positif) boleh menerima vaksin?

Tidak. Pesakit yang disahkan/ disyaki positif perlu menangguhkan pengambilan vaksin. Dapatkan nasihat doktor berkaitan tempoh masa yang sesuai untuk pengambilan vaksin.

{slider Adakah vaksin berupaya memberi perlindungan 100 peratus?}

Vaksin telah terbukti berkesan dalam mengurangkan jangkitan penyakit. Sebagai contoh batuk kokol, hepatitis dan sebagainya. Namun, tiada vaksin yang mampu memberikan perlindungan 100%. Bagi vaksin COVID-19 yang telah menjalani ujian klinikal, keberkesanan vaksin adalah di antara 60-95%. Secara umumnya, vaksin tersebut dapat mengurangkan kadar jangkitan dan penyebaran virus serta mengurangkan gejala yang serius.

Sejauh mana kita perlu bergantung kepada vaksin?

Bagi mencapai tahap imuniti 70-80 peratus populasi rakyat Malaysia perlu mendapatkan vaksin untuk mengawal jangkitan. Walaubagaimanapun, tempoh keberkesanan vaksin COVID-19 masih dalam kajian.

Adakah individu yang telah menerima vaksin COVID-19 boleh menjadi pembawa virus tersebut?

Individu yang telah menerima vaksin COVID-19 akan mempunyai antibodi yang spesifik terhadap virus COVID-19. Antibodi ini boleh melindungi individu tersebut daripada jangkitan COVID-19 dan tidak menyebarkan virus tersebut.

Adakah vaksin masih berkesan sekiranya virus COVID-19 mengalami mutasi?

Pada masa ini, vaksin COVID-19 masih berkesan bagi melindungi dan mencegah jangkitan virus COVID-19.

Bilakah antibodi seseorang akan bertindak?

Kajian menunjukkan vaksin memerlukan satu hingga dua minggu untuk memberi tindakbalas imun.

Kesan advers atau kesan yang tidak diingini selepas suntikan vaksin COVID-19

Seperti vaksin yang lain, vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kesan tidak diingini atau lebih dikenali sebagai kesan advers susulan imunisai (adverse events following immunization – AEFI). Walaubagaimanapun, bukan semua penerima vaksin mengalami AEFI. Kebanyakan AEFI yang dilaporkan adalah ringan dan boleh sembuh dalam masa beberapa hari dengan atau tanpa memerlukan rawatan.

AEFI ringan yang kerap dilaporkan termasuk:

  1. Kerengsaan, bengkak dan/atau kemerahan di tapak suntikan.
  2. Pening, sakit otot dan sakit sendi.
  3. Rasa letih
  4. Mual.
  5. Menggigil.
  6. Demam

Vaksin COVID-19 tidak memberi kesan keupayaan untuk memandu dan mengendalikan mesin. Walau bagaimanapun, sesetengah kesan advers mungkin mempengaruhi keupayaan ini buat sementara. Elakkan memandu atau mengendalikan mesin sehingga anda tidak lagi mengalami kesan tersebut.

Contoh AEFI yang jarang berlaku pula adalah bengkak pada kelenjar (swelling of the glands). Ini berlaku beberapa hari selepas suntikan vaksin dan boleh dialami sehingga dua minggu.

Terdapat juga kemungkinan untuk mengalami reaksi alahan selepas penerimaan vaksin. Gejala alahan yang mungkin berlaku termasuk ruam yang gatal, sesak nafas dan bengkak pada muka dan/atau lidah.

Jika anda mengalami sebarang AEFI atau reaksi alahan yang teruk, dapatkan rawatan segera dari[ada fasiliti kesihatan yang terdekat.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya mengalami demam selepas suntikan vaksin?

Demam sering berlaku selepas suntikan vaksin. Ini biasanya berlaku dalam tempoh 48jam selepas suntikan vaksin. Demam selalunya akan sembuh dengan sendiri dalam jangka masa 48 jam selepas demam bermula.

Dapatkan rawatan dengan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat jika anda:

  1. Mengalami demam selepas 48jam menerima suntikan vaksin, atau;
  2. Mengalami demam untuk tempoh melebihi 48jam, atau;
  3. Mengalami gejala jangkitan COVID-19, atau;
  4. Tinggal dengan seseorang yang telah dikesan positif untuk jangkitan COVID-19 dalam masa terdekat, atau;
  5. Tinggal dengan seseorang yang mengalami gejala jangkitan COVID-19.

Bagaimana untuk melaporkan kesan advers susulan imunisasi AEFI?

Jika anda mengalami sebarang AEFI, sila rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini termasuklah sebarang kesan advers yang tidak tersenarai sperti di atas. Ahli profesional kesihatan boleh membantu anda membuat laporan AEFI kepada NPRA secara dalam talian di laman sesawang rasmi NPRA:

 

  1. Layari www.npra.gov.my
  2. Klik pada Pelaporan Kesan Sampingan Ubat untuk Pengguna > ConSERF Pelaporan atas Talian.
  3. Anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor berkenaan AEFI yang dialami sebelum membuat laporan
  4. Laporan AEFI yang dihantar dapat membantu dalam pemantauan kesan advers dan keselamatan vaksin yang ada di pasaran.

Adakah vaksin COVID-19 selamat untuk wanita hamil?

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), terdapat data yang terhad berkenaan keselamatan vaksin COVID-19 bagi wanita hamil. Sehingga penemuan ujian klinikal dan kajian tambahan, hanya data terhad yang tersedia mengenai keselamatan vaksin COVID-19, termasuk vaksin mRNA, yang diberikan semasa kehamilan:

  • Data terhad ini tersedia daripada kajian animal developmental dan reproductive toxicity.Menurut kajian, tiada masalah keselamatan yang ditunjukkan kepada tikus yang menerima vaksin Moderna COVID-19 sebelum atau semasa kehamilan; kajian mengenai vaksin Pfizer-BioNTech masih sedang dijalankan.

CDC dan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) menjalankan sistem pemantauan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai vaksinasi untuk wanita hamil. Pemantauan laporan dilakukan dengan teliti, agar maklumat yang diterima lebih dipercayai oleh orang ramai.

Menurut laporan dari cdc.gov, para pakar percaya bahawa vaksinasi tidak akan menimbulkan risiko bagi orang yang sedang hamil. Kepercayaan ini berdasarkan pada cara kerja vaksin mRNA. Perlu difahami bahawa vaksin mRNA tidak mengandungi virus hidup, jadi tiada risiko jangkitan virus pada seseorang. Walau bagaimanapun, potensi risiko vaksin mRNA kepada wanita hamil dan janinnya masih belum diketahui dengan pasti.

Sekiranya wanita hamil mempunyai pertanyaan dan kerisauan berkenaan vaksin COVID-19, perbincangan dengan pegawai kesihatan dapat membantu mereka membuat keputusan yang tepat.

Adakah vaksin COVID-19 selamat bagi wanita menyusu?

Sehingga kini, tiada data berkenaan keselamatan vaksin COVID-19 bagi wanita menyusu atau kesan vaksin mRNA kepada bayi yang menyusu atau kesan vaksin mRNA pada penghasilan atau perkumuhan susu. Vaksin  mRNA dianggap tidak berisiko bagi bayi yang menyusu. Wanita menyusu dan kumpulan lain yang disyorkan untuk menerima vaksin COVID-19, seperti kakitangan kesihatan, boleh memilih untuk menerima vaksin.

Adakah vaksin COVID-19 memberi kesan kepada kesuburan?

Tiada bukti yang menyatakan bahawa vaksin COVID-19 boleh mempengaruhi kesuburan.

Adakah vaksin COVID-19 ini halal?

Vaksin dari China telah menerima pengsijilan halal dari Halal Certification Services (HCS)Chongqing (Nombor sijil: 2019ILC/L-056052820) yang diperaku oleh JAKIM sebagai badan pengesahan halal negara asing.

 

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

Penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak malah hukum penggunaannya telah bermula sejak tahun 1988 lagi.

Selain Malaysia, institusi fatwa dunia lain turut memfatwakan keharusan penggunaan vaksin, antaranya adalah institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif; Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu; dan Majma’ Fuqaha’ al-Shari’ah Amerika Syarikat.

Apakah kandungan vaksin COVID-19?

 

Pfizer Vaccine

COMIRNATY® Concentrate for Dispersion for Injection

COVID-19 mRNA Vaccine (30 mcg)

Bahan aktif

-Vaksin mRNA COVID-19 (nukleosida terubah suai)

Bahan tidak aktif

  • ((4-hydroxybutyl)azanediyl) bis(hexane-6,1-diyl)bis(2- hexyldecanoate) (ALC-0315)
  • 2 [(polyethylene glycol)-2000]- N,N-ditetradecylacetamide (ALC-0159)
  • 1,2-Distearoyl-sn-glycero-3- phosphocholine (DSPC)
  • Cholesterol
  • Potassium chloride
  • Potassium dihydrogen phosphate
  • Sodium chloride
  • Disodium phosphate dihydrate
  • Sucrose
  • Water for injections

*Vaksin ini mengandungi polyethylene glycol/macrogol (PEG) sebahagian daripada ALC-0159

 

Oxford/AstraZeneca vaccine

1 dos (0.5ml) mengandungi: Vaksin COVID-19 (ChAdOx1-S* recombinant)5 x 1010 viral particles

*Recombinant, replication–deficient chimpanzee adenovirus vector encoding the SARS CoV 2 Spike glycoprotein. Produced in genetically modified human embryonic kidney (HEK) 293 cells.

 

Produk ini mengandungi genetically modified organisms (GMO).

 

Senarai excipient yang lain:

  • L-histidine
  • L-histidine hydrochloride monohydrate
  • Magnesium chloride hexahydrate
  • Polysorbate 80
  • Ethanol
  • Sucrose
  • Sodium chloride
  • Disodium edetate dehydrate
  • Water for injections

 

Apakah vaksin COVID-19 yang akan dibekalkan oleh Kerajaan untuk rakyat Malaysia?

 

Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.

5 vaksin tersebut adalah:

  • Vaksin Pfizer-BioNTech
  • Vaksin AstraZeneca
  • Vaksin Sinovac
  • Vaksin CanSinoBIO
  • Vaksin Sputnik V


Daripada 5 pengeluar vaksin tersebut, vaksin daripada Pfizer-BioNTech telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021.

Adakah vaksin ini selamat?

Di Malaysia, Vaksin Comirnaty (Vaksin Pfizer) telah didaftarkan dan diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebagai langkah kecemasan untuk mencegah jangkitan COVID-19 di bawah Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA). Pada 31 Disember 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui bahawa vaksin tersebut boleh digunakan bagi tujuan kecemasan. Sebanyak 48 negara telah memperakui penggunaan vaksin ini termasuklah negara-negara Eropah, Israel, UK, USA dan Singapura.

 

Vaksin ini adalah selamat jika mengambil kira insiden tindak balas teruk yang berkaitan dengan pemberian vaksin dibandingkan dengan jumlah bilangan dos vaksin yang telah diberikan. Simptom-simptom ringan seperti demam, menggigil, keletihan, sakit kepala, sakit badan, bengkak pada tempat suntikan adalah biasa terutama selepas dos kedua diberi dan keadaan ini adalah sementara. Kadar tindak balas advers bagi vaksin COVID-19 (Vaksin Pfizer) yang dilaporkan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC) adalah serendah 0.2% pada Disember 2020.

 

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, di Singapura, 4 daripada 155,000 orang yang telah melengkapkan vaksinasi mengalami tindak balas alahan yang teruk.

 

 

Rujukan

  1. https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/lain_lain/faqvaksin/mobile/index.html
  2. http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/faq/faq-on-covid-19-vaccine-study-in-malaysia-by-icr
  3. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/recommendations/pregnancy.html
  4. https://quest3plus.bpfk.gov.my/front-end/attachment/286/pharma/536853/V_50456_20210127_095343_D4.pdf
  5. https://www.gov.uk/government/publications/regulatory-approval-of-pfizer-biontech-vaccine-for-covid-19/information-for-healthcare-professionals-on-pfizerbiontech-covid-19-vaccine
  6. https://www.gov.uk/government/publications/regulatory-approval-of-covid-19-vaccine-astrazeneca/information-for-healthcare-professionals-on-covid-19-vaccine-astrazeneca