Rujukan

  1. https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/lain_lain/faqvaksin/mobile/index.html
  2. http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/faq/faq-on-covid-19-vaccine-study-in-malaysia-by-icr
  3. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/recommendations/pregnancy.html
  4. https://quest3plus.bpfk.gov.my/front-end/attachment/286/pharma/536853/V_50456_20210127_095343_D4.pdf
  5. https://www.gov.uk/government/publications/regulatory-approval-of-pfizer-biontech-vaccine-for-covid-19/information-for-healthcare-professionals-on-pfizerbiontech-covid-19-vaccine
  6. https://www.gov.uk/government/publications/regulatory-approval-of-covid-19-vaccine-astrazeneca/information-for-healthcare-professionals-on-covid-19-vaccine-astrazeneca

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru telah berjaya mewujudkan sebuah bangunan penginapan yang dikenali sebagai Balai Pelawat. Bangunan Balai Pelawat ini terdiri dua (2) tingkat dengan kemudahan penginapan di tingkat atas dan kemudahan cafeteria di tingkat bawah. Ia terletak berhampiran dengan blok-blok wad. Sejurus dengan itu pada tanggal 5 November 2008, Balai Pelawat telah beroperasi untuk kemudahan waris pesakit tanpa sebarang bayaran. Mulai 1 April 2009, bayaran telah dikenakan atas arahan Kementerian Kesihatan Malayisa. Balai Pelawat ini dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik tidur yang selesa, kemudahan tandas serta bilik mandi, bilik solat / bilik muosollah (surau), ruang dan tempat duduk bagi istirehat yang selesa, kemudahan televisyen dengan kawalan anggota bertugas dan rak bahan bacaan bagi bacaan semasa istirehat oleh penghuni. Ia juga terbahagi kepada 2 jenis bilik penginapan iaitu bilik penginapan bagi lelaki dan bilik penginapan bagi perempuan dimana ianya boleh memuatkan seramai 10 orang dalam setiap bilik bagi satu-satu masa. KINI, Balai Pelawat ini beroperasi setiap hari termasuk Cuti Mingguan dan Kelepasan Am Ia bermula jam 8.00 pagi hingga jam 10.00 malam. Tempoh menginap dihadkan selama 3 hari dengan bayaran RM 5.00 sehari dan permohonan lanjutan boleh dibuat semula diwad. Bayaran hendaklah dilakukan di seksyen hasil yang terletak di bangunan induk. Bagi yang ingin menginap di Balai Pelawat, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru adalah perlu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Hospital. 

 

 

 

 

  1. Sila datang ke Kaunter Daftar Masuk (BDM) yang terletak di bangunan Induk Hospital Sultanah Aminah Johor pada tarikh yang telah ditetapkan dalam borang arahan masuk wad untuk urusan pendaftaran.
  2. Sekiranya anda tidak dapat hadir pada hari tersebut, sila hubungi Klinik Pakar yang berkenaan untuk mendapatkan tarikh temujanji yang baru.
  3. Sila bawa bersama dokumen / keperluan berikut: 
    • Borang Arahan Masuk Wad
    • Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Passport/ dokumen perjalanan yang sah
    • Surat Jaminan yang sah/ Salinan asal dan fotostat kad pesara (pesara kerajaan)
    • Bayaran Deposit Hospital (Wang Tunai / Kad Debit / Kad Kredit)
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan
    • Pesakit Warganegara Asing yang di bawah perlindungan insurans REMEDI / SPIKPA perlu membawa Passport yang asal
    • Keperluan peribadi seperti peralatan mandian dan lain-lain

Sub-kategori

  • Kemaskini Terakhir :
    12-04-2021

Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas

Copyright © 2021 Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru