SOALAN LAZIM BERKAITAN VAKSIN COVID-19 (Kemaskini September 2021)

 

Apakah itu vaksin?

Vaksin adalah satu produk yang dihasilkan dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan, atau dari protein subunit pada virus.

Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Vaksin membantu sistem imun dengan melatih antibodi ini untuk mengenalpasti virus-virus tertentu supaya sistem imun cukup bersedia apabila tiba masa virus sebenar menyerang badan anda.

Vaksin diberikan untuk membantu merangsang sistem ketahanan semulajadi badan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus.

Jenis-jenis vaksin secara amnya dikategorikan seperti berikut:

  1. Viral Vector Vaccine: mengandungi ubat suai virus (vector) untuk menyampaikan kod genetik antigen, seperti vaksin Ebola.
  2. Inactivated Virus Vaccine: mengandungi virus atau bakteria yang telah dimatikan, seperti inactivated polio vaccine, influenza, rabies.
  3. Nucleic Acid (RNA vaccine): mengandungi DNA atau RNA coding daripada protein virus seperti vaksin COVID-19.
  4. Live-Attenuated Virus Vaccine: mengandungi virus atau bakteria yang telah dilemahkan seperti vaksin MMR, yellow fever vaccine.
  5. Protein Subunit Vaccine: mengandungi protein subunit virus atau bakteria seperti vaksin untuk pertussis dalam vaksin DTaP.
  6. Toxoid Vaccine: mengandungi toxoid yang telah dilemahkan seperti vaksin DTaP yang mengandungi diphtheria dan tetanus toxoid.

Vaksin adalah cara mudah, selamat dan berkesan untuk melindungi individu daripada penyakit berjangkit. Vaksinasi menjadikan sistem ketahanan badan lebih kuat. Vaksin tidak menyebabkan jangkitan kerana ia mengandungi virus yang dimatikan atau lemah.

Apakah vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia?

Sehingga Julai 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 daripada 6 pengeluar vaksin COVID-19.

6 vaksin tersebut adalah:

  • Vaksin Pfizer-BioNTech
  • Vaksin AstraZeneca
  • Vaksin Sinovac
  • Vaksin CanSinoBIO
  • Vaksin Janssen
  • Vaksin Sinopharm

Vaccines

Type of Vaccine

Dose & Interval between Doses

Storage

 Cominarty®

 (Pfizer-BioNTech)

 mRNA

 2 doses 21 days apart

 

  • Unopened vial: Store in a freezer at -90°C to -60°C.
  • Once removed from the freezer, the unopened vaccine can be stored for up to 31 days (1 month) at 2°C to 8°C, and up to 2 hours at temperatures up to 30°C, prior to use
  • Once diluted, vaccine is stable for 6 hours at 2°C to 30°C

 ChAdOx1-S®

 (Oxford-Astra Zeneca)

 Viral  vector

 2 doses 6 –

 12 weeks apart

  • Unopened vial: Store in a refrigerator (2 to 8°C). Do not freeze.
  • Keep vials in outer carton to protect from light.
  • After first dose withdrawal: Use the vial as soon as practically possible and within 6 hours (stored at 2°C to 25°C). Discard any unused vaccine.

 CoronaVac®

 (Sinovac)

 Inactivated   virus

 2 doses 2 –

 4 weeks apart

  • Store between +2ºC to +8ºC and protect from light.
  • Do not freeze.
  • Use immediately.

 Convidecia®

 (CanSinoBio)

 Viral vector

 1 dose

  • 6 months (when store at 2°C – 8°C)

 Ad26.COV2-S®

 [Recombinant]

 (Janssen)

 Viral vector

 1 dose

 Unopened vial:

  • 2 years (stored at -25°C to -15°C)
  • Once thawed at 2°C to 8°C, to store for 3 months (not exceeding printed expiry date). New expiry date to be updated on the outer carton. Do not re-freeze.
  • Thawing time: a carton of 10 vials (approx. 12 hours), a single vial (approx. 2 hours)

 

 After first puncture of vaccine vial   (opened vial):

  • 6 hours at 2° to 8°C
  • Discard the vial if vaccine is not used within these times.

 COVILO®

 (Sinopharm)

 Inactivated   virus

 2 doses 21 –

 28 days apart

  • Store and transport in a refrigerated (2°C-8℃) condition,
  • Protect from light.
  • Do not freeze.

*Vaksin COVILO® (Sinopharm) and Ad26.COV2-S® [Recombinant] (Janssen) COVID-19 telah diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Apakah kandungan vaksin COVID-19?

Jenama

Jenis

Vaksin

Isi Kandungan

 Pfizer-BioNTech

 mRNA

 Active ingredient:

  • COVID-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified)

 

 Excipients:

  • Polyethyleneglycol/macrogol(PEG) as part of ALC‐0159.
  • ALC‐0315=(4‐hydroxybutyl)azanediyl)bis(hexane‐6,1‐diyl)bis(2‐hexyldecanoate),
  • ALC‐0159=2‐[(polyethyleneglycol)‐2000]‐N,N‐ditetradecylacetamide
  • 1,2‐Distearoyl‐sn‐glycero‐3‐phosphocholine
  • Cholesterol
  • Potassium chloride
  • Potassium dihydrogen phosphate
  • Sodium chloride
  • Disodium hydrogen phosphate dihydrate
  • Sucrose
  • Water for injection

 AstraZeneca

 Adenovirus vector

 Active ingredient:

  • One dose (0.5 mL) contains 5x1010 viral particles of recombinant, replication-deficient chimpanzee adenovirus vector encoding the SARS-CoV-2 Spike (S) glycoprotein.
  • The product contains genetically modified organisms.

 

 Excipients:

  • L‐Histidine
  • L‐Histidine hydrochloride monohydrate
  • Magnesium chloride hexahydrate
  • Polysorbate 80 (E 433)
  • Ethanol
  • Sucrose
  • Sodium chloride
  • Disodium edetate (dihydrate)
  • Water for injections

 Sinovac

 Inactivated

 (Vero Cell)

 Active ingredient:

  • SARS-CoV-2 antigen

 

 Excipients:

  • Aluminium hydroxide
  • Disodium hydrogen phosphate
  • Monosodium dihydrogen phosphate
  • Sodium chloride
  • Sodium hydroxide
  • Water for injection

 CanSinoBIO

 Adenovirus vector

 Active ingredient:

  • Each 0.5mL contains ≥ 4×1010 viral particles of replication-defective recombinant human type 5 Adenovirus expressing S protein of SARS-CoV-2.

 

 Excipients:

  • mannitol
  • sucrose
  • sodium chloride
  • magnesium chloride
  • polysorbate 80
  • glycerin
  • N-(2-Hydroxyethyl) piperazine-N’-(2-ethanesulfonic acid) (HEPES)
  • water for injection (as solvent)

 Janssen

 Adenovirus vector

 Active ingredient:

  • Each 0.5 mL dose contains not less than 2.5 x 1010 virus particles of Ad26.COV2-S or not less than 8.92 log10infectious units (Inf.U)

 

 Excipients:

  • Citric acid monohydrate (0.14 mg)
  • Trisodium citrate dihydrate (2.02 mg)
  • Ethanol (2.04 mg)
  • 2-hydroxypropyl-β-cyclodextrin (HBCD) (25.50 mg)
  • Polysorbate-80 (0.16 mg)
  • Sodium chloride (2.19 mg)
  • Hydrochloric acid
  • Sodium hydroxide
  • Water for injections

 SinoPharm

 

 Active ingredient:

  • SARS-CoV-2,19nCoV-CDCTan-HB02 strain (inactivated)

 

 Excipients:

  • Aluminium hydroxide
  • Disodium hydrogen phosphate
  • Sodium chloride
  • Sodium dihydrogen phosphate

Bagaimana cara vaksin diberikan kepada orang awam?

Vaksin diberikan secara suntikan sama ada satu atau dua dos bergantung kepada jenis vaksin. Walaubagaimanapun, kebanyakan vaksin COVID-19 yang dibangunkan memerlukan dua dos bagi memastikan perlindungan sepenuhnya dapat dicapai. Orang awam yang telah menerima vaksin dos pertama perlu memastikan untuk mendapatkan dos kedua dari jenis yang sama pada tarikh yang ditetapkan.

Maklumat tambahan yang anda perlu tahu sebelum menerima vaksin

Vaksin ini tidak boleh diberikan jika anda mempunyai alahan kepada bahan aktif atau bahan tambahan lain di dalam vaksin ini.

Maklumkan doktor atau jururawat sebelum anda diberi vaksin jika anda:

  1. Mempunyai alahan yang serius sebelum ini terhadap sebarang vaksin, ubat-ubatan atau produk makanan.
  2. Mengalami masalah berkaitan pemberian dos pertama vaksin covid-19 seperti reaksi alahan atau masalah pernafasan, sebelum anda menerima dos kedua.
  3. Berasa tidak sihat dan demam dengan suhu badan yang tinggi.
  4. Sistem ketahanan badan yang lemah contohnya disebabkan oleh jangkitan HIV, atau anda mengambil ubat yang mempengaruhi sistem imun.
  5. Mempunyai masalah pendarahan, lebam atau menggunakan ubat untuk menghalang pembekuan darah.

Apa yang perlu saya lakukan setelah mendapat vaksin?

Vaksin mungkin akan menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti sakit di bahagian suntikan, lemah badan, demam dan lain-lain. Penerima vaksin perlu membuat pemantauan tahap kesihatan masing-masing, sekiranya mengalami gejala-gejala tersebut atau apa-apa masalah kesihatan selepas menerima vaksin, mereka perlu membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berdekatan.

Selain itu, penerima vaksin perlu mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan norma baharu kerana terdapat sedikit peratusan penerima vaksin yang tidak menunjukkan respon terhadap vaksin. Oleh itu, penerima vaksin perlu mangamalkan 3W dan mengelakkan 3C iaitu:

  1. Basuh tangan anda dengan sabun atau gunakan pembersih tangan (hand sanitizer)
  2. Penjarakan fizikal 1 meter
  3. Pakai pelitup muka di tempat sesak

Bolehkan saya mendapatkan vaksin selain daripada vaksin COVID-19, contohnya vaksin influenza pada masa yang sama saya mengambil vaksin COVID-19?

Anda harus menunggu sekurang-kurangnya 14 hari setelah menerima vaksin lain sebelum mendapatkan vaksin COVID-19. Tunggu sekurang-kurangnya 14 hari setelah menerima vaksin COVID-19 sebelum mendapatkan vaksin lain.

Walaubagaimanapun, pemberian vaksin selain daripada vaksin COVID-19 dalam jangka masa 14 hari boleh dipertimbangkan dalam situasi tertentu, seperti kes keciciran imunisasi vaksin berjadual, atau kes individu berisiko tinggi untuk mendapat penyakit berjangkit yang boleh dielakkan dengan vaksinasi (e.g. vaksin tetanus untuk ibu hamil, rabies, pencegahan selepas terdedah dengan hepatitis B).

Sila hubungi doktor di klinik kesihatan yang berhampiran jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.

Siapa yang boleh mendapat vaksin COVID-19?

Semua individu yang berusia 18 tahun ke atas boleh mengambil vaksin COVID-19.

Terdapat beberapa keadaan yang menjadikan vaksinasi tidak sesuai, iaitu:

  1. Alahan yang teruk seperti anafilaksis setelah menerima dos pertama vaksin COVID-19 atau alahan kepada sebarang kandungan vaksin COVID-19.
  2. Alahan dalam tempoh 72 jam selepas vaksin atau kepada sebarang kandungan vaksin COVID-19.

 

Rujuk doktor untuk membincangkan jadual vaksinasi jika anda termasuk dalam salah satu kumpulan berisiko tinggi di bawah:

  1. Penyakit berkaitan darah termasuk mereka yang mengambil ubat seperti ubat pencairan darah.
  2. Lemah sistem imun disebabkan penyakit atau ubat-ubatan.
    1. Pesakit barah yang sedang menjalani rawatan.
    2. Penyakit autoimun: SLE dan artritis reumatoid yang mengambil ubat tertentu.
  3. Mengambil steroid berterusan.

Adakah vaksin akan diberikan secara serentak kepada semua rakyat Malaysia?

Tidak. Program Vaksinasi COVID-19 akan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengutamakan kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Terdapat beberapa kumpulan sasaran utama di dalam pemberian vaksin COVID-19 iaitu:

  1. Kumpulan sasaran pertama: Petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan, petugas penjaga pusat warga emas, polis, tentera, imigresen, bomba
  2. Kumpulan sasaran kedua:
    1. Individu yang berumur lebih dari 60 tahun.
    2. Individu yang menghidap penyakit kronik seperti hipertensi, diabetis, penyakit jantung dan penyakit saluran pernafasan.
    3. Orang kelainan upaya.
  3. Populasi dewasa lain sehingga mencapai imuniti seperti disarankan.

Adakah vaksin COVID-19 boleh diberikan kepada individu yang pernah dijangkiti COVID-19?

Ya. Vaksin COVID-19 boleh diberikan kepada individu yang telah sembuh daripada jangkitan COVID-19.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) memutuskan bahawa bekas pesakit COVID-19 yang telah disahkan bebas daripada virus COVID-19 dibenarkan untuk divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menurut janji temu yang telah diberikan.

Namun begitu, bagi pesakit COVID-19 yang mendapat antibodi monoclonal anti-SARS-CoV-2 (anti-SARS-CoV-2 monoclonal antibodies) atau convalescent plasma sebagai sebahagian daripada rawatan COVID-19 hanya dibenarkan mendapat suntikan vaksin sekurang-kurangnya 90 hari selepas tarikh pulih dari jangkitan virus tersebut.

Vaksin yang akan diperolehi tidak melibatkan kanak-kanak bawah umur 12 tahun, kenapa? Adakah vaksin tersebut untuk kegunaan had umur tertentu?

Kajian klinikal vaksin yang dibangunkan pada masa ini tidak melibatkan kumpulan umur kanak-kanak bawah umur 12 tahun. Tiada data keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap kumpulan ini. Vaksin tidak diberikan sehingga kajian klinikal pembangunan vaksin menunjukkan ia selamat dan berkesan terhadap kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Pada bulan Julai 2021, Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperluaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam kalangan remaja berumur 12 hingga 17 tahun. Remaja berumur 12 hinga 17 tahun yang berisiko tinggi (komorbiditi) diutamakan untuk menerima vaksin COVID-19, manakala remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang tidak mengalami masalah kesihatan turut digalakkan untuk menerima vaksin COVID-19. Buat masa ini, hanya vaksin Pfizer-BioNTech telah diluluskan untuk digunakan oleh remaja berumur 12 – 17 tahun.

Bolehkah seseorang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit seperti diabetis, hypertensi dan sebagainya mengambil vaksin COVID-19?

Mereka yang dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi (co-morbid) boleh mengambil vaksin COVID-19 kecuali jika mereka berada dalam keadaan sistem imun (pertahanan badan) yang lemah akibat penyakit dan rawatan seperti pesakit HIV atau pesakit kanser yang sedang menerima kemoterapi. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil vaksin COVID-19.

Adakah individu yang disahkan atau disyaki positif (dalam tempoh 14 hari setelah disahkan positif) boleh menerima vaksin?

Tidak. Pesakit yang disahkan/ disyaki positif perlu menangguhkan pengambilan vaksin. Dapatkan nasihat doktor berkaitan tempoh masa yang sesuai untuk pengambilan vaksin.

Adakah vaksin berupaya memberi perlindungan 100 peratus?

Vaksin telah terbukti berkesan dalam mengurangkan jangkitan penyakit. Sebagai contoh batuk kokol, hepatitis dan sebagainya. Namun, tiada vaksin yang mampu memberikan perlindungan 100%. Bagi vaksin COVID-19 yang telah menjalani ujian klinikal, keberkesanan vaksin adalah di antara 60-95%. Secara umumnya, vaksin tersebut dapat mengurangkan kadar jangkitan dan penyebaran virus serta mengurangkan gejala yang serius.

Sejauh mana kita perlu bergantung kepada vaksin?

Bagi mencapai tahap imuniti 70-80 peratus populasi rakyat Malaysia perlu mendapatkan vaksin untuk mengawal jangkitan. Walaubagaimanapun, tempoh keberkesanan vaksin COVID-19 masih dalam kajian.

Adakah individu yang telah menerima vaksin COVID-19 boleh menjadi pembawa virus tersebut?

Individu yang telah menerima vaksin COVID-19 akan mempunyai antibodi yang spesifik terhadap virus COVID-19. Antibodi ini boleh melindungi individu tersebut daripada jangkitan COVID-19. Walaubagaimanapun, penerima vaksin yang mendapat jangkitan COVID-19 masih boleh menjadi pembawa virus dan menyebarkan jangkitan COVID-19.

Adakah vaksin melindungi daripada varian?

Lebih banyak kajian diperlukan untuk menilai keberkesanan vaksin COVID-19 semasa terhadap varian. Banyak data menunjukkan bahawa kebanyakan vaksin merangsang kekebalan yang cukup untuk mengekalkan keberkesanan yang signifikan terhadap kebanyakan varian, terutama untuk penyakit teruk, kemasukan ke hospital, dan kematian.

Sebab mengapa vaksin secara substansial mempertahankan perlindungan terhadap penyakit mungkin berkaitan dengan tindak balas imun yang meluas, dimana perubahan atau mutasi virus tidak mungkin membuat vaksin langsung tidak berkesan. Sekiranya salah satu daripada vaksin ini menjadi kurang berkesan terhadap satu atau lebih varian, adalah berkemungkinan untuk mengubah komposisi vaksin untuk melindungi terhadap varian-varian ini, namun ini memerlukan masa dan data tambahan untuk dinilai sepenuhnya.

Bilakah antibodi seseorang akan bertindak?

Ia mengambil masa kira-kira 2 minggu selepas anda lengkap divaksin untuk badan membina imuniti terhadap virus COVID-19.

Sekiranya saya sudah mendapat COVID-19 dan pulih, adakah saya masih perlu diberi vaksin dengan vaksin COVID-19?

Ya, anda harus diberi vaksin tanpa mengira sama ada anda sudah menghidap COVID-19 kerana penyelidikan belum menunjukkan berapa lama anda dilindungi daripada mendapat COVID-19 lagi setelah anda pulih dari COVID-19. Vaksinasi membantu melindungi anda walaupun anda sudah pernah dijangkiti  COVID-19. Bukti mula menunjukkan bahawa individu mendapat perlindungan yang lebih baik dengan diberi vaksin sepenuhnya dibandingkan dengan pernah mendapat jangkitan COVID-19.

Kesan advers atau kesan yang tidak diingini selepas suntikan vaksin COVID-19

Seperti vaksin yang lain, vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kesan tidak diingini atau lebih dikenali sebagai kesan advers susulan imunisai (adverse events following immunization – AEFI). Walaubagaimanapun, bukan semua penerima vaksin mengalami AEFI. Kebanyakan AEFI yang dilaporkan adalah ringan dan boleh sembuh dalam masa beberapa hari dengan atau tanpa memerlukan rawatan.

AEFI ringan yang kerap dilaporkan termasuk:

  1. Kerengsaan, bengkak dan/atau kemerahan di tapak suntikan.
  2. Pening, sakit kepala, otot dan sakit sendi.
  3. Rasa letih
  4. Mual.
  5. Menggigil.
  6. Demam

Vaksin COVID-19 tidak memberi kesan keupayaan untuk memandu dan mengendalikan mesin. Walau bagaimanapun, sesetengah kesan advers mungkin mempengaruhi keupayaan ini buat sementara. Elakkan memandu atau mengendalikan mesin sehingga anda tidak lagi mengalami kesan tersebut.

Contoh AEFI yang jarang berlaku pula adalah bengkak pada kelenjar (swelling of the glands). Ini berlaku beberapa hari selepas suntikan vaksin dan boleh dialami sehingga dua minggu.

Terdapat juga kemungkinan untuk mengalami reaksi alahan selepas penerimaan vaksin. Gejala alahan yang mungkin berlaku termasuk ruam yang gatal, sesak nafas dan bengkak pada muka dan/atau lidah.

Jika anda mengalami sebarang AEFI atau reaksi alahan yang teruk, dapatkan rawatan segera daripada fasiliti kesihatan yang terdekat.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya mengalami demam selepas suntikan vaksin?

Demam sering berlaku selepas suntikan vaksin. Ini biasanya berlaku dalam tempoh 48jam selepas suntikan vaksin. Demam selalunya akan sembuh dengan sendiri dalam jangka masa 48 jam selepas demam bermula.

Dapatkan rawatan dengan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat jika anda:

  1. Mengalami demam selepas 48 jam menerima suntikan vaksin, atau;
  2. Mengalami demam untuk tempoh melebihi 48 jam, atau;
  3. Mengalami gejala jangkitan COVID-19, atau;
  4. Tinggal dengan seseorang yang telah dikesan positif untuk jangkitan COVID-19 dalam masa terdekat, atau;
  5. Tinggal dengan seseorang yang mengalami gejala jangkitan COVID-19.

Bagaimana untuk melaporkan kesan advers susulan imunisasi (Adverse Event Following Immunization – AEFI)?

Jika anda mengalami sebarang AEFI, sila laporkan melalui aplikasi MySejahtera. Jika kesan advers tidak tersenarai , ahli profesional kesihatan boleh membantu anda membuat laporan AEFI kepada NPRA secara dalam talian di laman sesawang rasmi NPRA:

  1. Layari www.npra.gov.my
  2. Klik pada Pelaporan Kesan Sampingan Ubat untuk Pengguna > ConSERF Pelaporan atas Talian.
  3. Anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor berkenaan AEFI yang dialami sebelum membuat laporan
  4. Laporan AEFI yang dihantar dapat membantu dalam pemantauan kesan advers dan keselamatan vaksin yang ada di pasaran.

Adakah vaksin COVID-19 selamat untuk wanita hamil?

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa II yang bermula pada bulan April 2021 mengutamakan wanita hamil di Malaysia.

Menurut Updated Guidelines on COVID-19 Vaccination for Pregnant and Breastfeeding Mothers yang diterbitkan pada 10 Ogos 2021 (Addendum to MOH Guidelines Version 2, Dated 23rd June 2021), wanita yang merancang untuk mengandung digalakkan untuk melengkapkan vaksin COVID-19 seperti mana yang dijadualkan. Tiada bukti bahawa vaksin COVID-19 menyebabkan masalah kesuburan.

Wanita yang hamil digalakkan untuk menerima dos pertama vaksin COVID-19 selepas 12 minggu kehamilan. Tiada kontraindikasi tentang non-live vaccines seperti mRNA, vector-based dan inactivated vaccines terhadap ibu mengandung, tetapi vaksin jenis mRNA (Pfizer-BioNTech) pada masa ini mempunyai data keselamatan yang terperinci. Golongan ini wajar diberi vaksinasi tanpa mengira tahap kehamilan berdasarkan penilaian tahap risiko, memandangkan wanita yang hamil mudah dijangkiti COVID-19 pada hujung trimester kedua dan trimester ketiga.

Kajian menunjukan vaksin jenis AstraZeneca dan Sinovac adalah selamat dan berkesan bagi perlindungan daripada kesan sampingan teruk jangkitan COVID-19 bagi wanita mengandung dan menyusu anak. Bagi mereka yang telah mendapatkan suntikan dos pertama dan disahkan mengandung, anda disyorkan untuk mendapatkan suntikan dos kedua daripada jenis vaksin yang sama selepas kandungan berusia 14 minggu.

Adakah vaksin COVID-19 selamat bagi wanita menyusu?

Semua vaksin COVID-19 adalah selamat  bagi wanita menyusu. Wanita boleh menerima vaksin COVID-19 setelah mereka sembuh daripada proses kelahiran anak.

Adakah vaksin COVID-19 memberi kesan kepada kesuburan?

Tiada bukti yang menyatakan bahawa vaksin COVID-19 boleh mempengaruhi kesuburan.

Adakah vaksin COVID-19 ini halal?

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

Penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak malah hukum penggunaannya telah bermula sejak tahun 1988 lagi.

Selain Malaysia, institusi fatwa dunia lain turut memfatwakan keharusan penggunaan vaksin, antaranya adalah institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif; Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu; dan Majma’ Fuqaha’ al-Shari’ah Amerika Syarikat.

Adakah vaksin COVID-19 selamat?

Semua vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia telah diluluskan oleh NPRA. Ia adalah selamat dan berkesan dalam penularan wabak COVID-19.

Seperti produk farmaseutikal yang lain, vaksin merupakan produk yang sentiasa dipantau dalam aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya. Setakat ini vaksin COVID-19 untuk Malaysia diberikan kelulusan bersyarat berdasarkan pematuhan piawaian ketat melalui penilaian data-data saintifik, klinikal dan teknikal. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menilai vaksin-vaksin yang hendak didaftarkan di Malaysia. Manakala Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) akan meluluskan penggunaan vaksin tersebut untuk Malaysia berdasarkan hasil penilaian NPRA. Seterusnya, setiap kelompok vaksin yang akan digunakan di Malaysia dipantau dari aspek kepatuhan mengikut piawaian WHO. Selepas vaksin mula diberikan kepada penduduk di Malaysia, pemantauan aduan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) dilakukan oleh pihak KKM.

Bolehkan individu dapat jangkitan COVID-19 dari vaksin?

Tidak. Semua vaksin yang diluluskan untuk penggunaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tidak mengandungi virus SARS-CoV-2 yang hidup. Oleh itu, ia tidak berupaya untuk menyebabkan jangkitan COVID-19. Vaksin berfungsi merangsang sistem ketahanan semulajadi (sistem imuniti) badan untuk mengenalpasti dan melawan jangkitan virus tanpa menyebabkan penyakit.

Apakah yang harus dilakukan jika individu gagal menghadiri tarikh temu janji vaksin dos kedua?

Individu yang gagal menghadiri tarikh temu janji vaksin dos kedua perlu melakukan penjadualan semula dos kedua menerusi aplikasi MySejahtera secepat yang mungkin. Individu tidak perlu mengulangi vaksin dos pertama.

Adakah individu yang melengkapi dua dos vaksin COVID-19 memerlukan dos tambahan ketiga (booster)?

Setakat ini, keperluan dan masa sesuai untuk dos penggalak vaksin COVID-19 belum dapat dipastikan, dan kajian berkaitan dos penggalak masih dalam fasa penelitian. Tiada dos tambahan dicadangkan buat masa ini.

Apakah kriteria pendermaan darah berkaitan penderma yang menerima vaksin COVID-19?

  1. Bakal penderma yang menerima vaksin COVID-19 dari kategori non-live vaccine: tangguh 7 hari selepas menerima vaksin;
  2. Bakal penderma yang menerima vaksin COVID-19 dan mengalami kesan sampingan yang ringan: tangguh 7 hari selepas pulih sepenuhnya daripada kesan sampingan;
  3. Bakal penderma yang menerima vaksin COVID-19 dan mengalami kesan sampingan yang serius/anafilaksis: tidak dibenarkan menderma darah (permanent deferral);
  4. Sukarelawan untuk kajian klinikal vaksin COVID-19: tangguh 12 bulan setelah melengkapkan dos vaksin. 

 

Rujukan

  1. FAQ on COVID-19 Vaccine Study in Malaysia by Institute for Clinical Research (ICR)
  2. Clinical Guidelines On COVID-19 Vaccination In Malaysia 3rd Edition
  3. Clinical Guide To COVID-19 Vaccination In Children & Adolescents
  4. Updated Guidelines on COVID-19 Vaccination for Pregnant and Breastfeeding Mothers, Addendum to MOH Guidelines Version 2, Dated 23rd June 2021
  5. Garis Panduan Pencegahan dan Kawalan Semasa Aktiviti Pendermaan Darah
  6. https://www.vaksincovid.gov.my/resources/poster/Vaksinasi-Apa-Anda-Perlu-Tahu-Poster-BM.pdf
  7. https://kpkesihatan.com/2021/07/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-julai-2021-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-361-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
  8. https://citf.mosti.gov.my/faq/docs/isukesihatan/saya-telah-mendapatkan-dos-pertama-sinovac-dan-kini-disahkan-mengandung-bolehkah-saya-mengambil-dos-kedua-saya-seperti-dijadualkan/
  9. https://citf.mosti.gov.my/faq/docs/isukesihatan/saya-telah-mendapatkan-dos-pertama-sinovac-dan-kini-disahkan-mengandung-bolehkah-saya-mengambil-dos-kedua-saya-seperti-dijadualkan/
  10. https://www.who.int/news-room/q-a-detail/coronavirus-disease-(covid-19)-vaccines?adgroupsurvey={adgroupsurvey}&gclid=CjwKCAjwybyJBhBwEiwAvz4G73c3BSl6Y_IPwgw6t_B4rGvaihPd7X7BCzc-03zL5ec4J-gZQawlFhoC_zAQAvD_BwE
  11. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/faq.html
  12. https://www.cdc.gov/