Unit Pembangunan

PENGENALAN

Unit Pembangunan merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB). Berperanan menguruskan hal-hal berkaitan permohonan, pelaksanaan dan juga pemantauan projek-projek oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kerja Raya di HSAJB. Selain itu, Unit Pembangunan juga menguruskan hal ehwal berkaitan penyewaan Premis Demis di HSAJB. Bertanggungjawab dalam memastikan prestasi perbelanjaan Peruntukan BP00600 (Pembaikan, Naiktaraf dan Baikpulih) dan BP00900 (Penyelenggaraan dan Pembaikan Kuarters) mencapai minima 98% pada setiap tahun kewangan.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI
Melaksanakan Perkhidmatan Naiktaraf Dan Baikpulih Fasiliti Serta Infrastruktur Yang Menepati Masa, Kualiti Selain Kos Efektif Bagi Mencapai Faedah Aset Yang Optimum

 

MISI
Memacu Perancangan Hospital / Jabatan Melalui Pelaksanaan Dan Pemantauan Projek Pembangunan Secara Komprehensif Dan Holistik

 

OBJEKTIF

  1. Merencana keperluan projek berdasarkan keutamaan
  2. Merancang keperluan peruntukan / bajet pembangunan dengan lebih efisyen
  3. Melaksana projek mengikut jadual dan kos yang ditetapkan
  4. Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan agar berjalan dengan lancar.

AKTIVITI

  • Mengurus Projek Lantikan Secara Sebutharga
  • Mengurus Projek Secara Lantikan Terus
  • Mengurus penyewaan premis-demis
  • Menyelaras dan menyediakan senarai projek di HSAJB BP00600 (Baikpulih Fasiliti) dan BP00900 (Baikpulih Kuarters) Mengikut Keutamaan Untuk Dimajukan ke JKNJ/KKM
  • Menyelaras dan menyediakan Senarai Projek RMK (Rancangan Malaysia) Mengikut Keutamaan Untuk Dimajukan ke JKNJ/KKM