PENGENALAN
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi adalah salah satu di antara jabatan yang terpenting di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Ia juga merupakan pusat rawatan kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dari segi beban tugas dan jumlah kes pembedahan yang dijalankan.
PERKHIDMATAN KAMI
- Memberikan perkhidmatan pembiusan yang selamat dan pemulihan yang berkualiti.
- Memberikan perkhidmatan kepakaran dan khidmat sokongan yang berkualiti.
- Menyediakan perkhidmatan Acute Pain Service.
- Membuat kajian klinikal dan bukan klinikal.
UNIT ACUTE PAIN SERVICE
PENDAHULUAN
Unit Acute Pain Service adalah sebahagian daripada fungsi Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi.
FUNGSI
- Untuk memberi rawatan kepada pesakit selepas pembedahan dengan cara ‘Continous Epidural Analgesia’ dan ‘Patient Control
Analgesia’. - Melatih dan meningkatkan pengetahuan Pegawai Perubatan dan Paramedik tentang kaedah APS yang terkini.
UNIT RAWATAN RAPI
FUNGSI
- Memberikan perkhidmatan dan rawatan rapi yang maksimum di samping ventilatory support kepada semua pesakit tenat.
- Berfungsi sebagai pusat rujukan kepada hospital lain di Johor Bahru .