FUNGSI JABATAN
FUNGSI JABATAN
• Perkhidmatan, nasihat dan pusat rujukan Nefrologi, Dialysis dan Perkhidmatan pemindahan buah pinggang dalam hospital Kementerian Kesihatan Negeri Johor.
• Memberikan perkhidmatan dialysis yang selamat, efektif dan secukupnya untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang yang akut dan kronik.
• Memberikan khidmat kauseling, pendidikan dan pemulihan untuk pesakit ini.
• Memberi perkhidmatan terapi dialysis termasuk CVVHDF di Unit “High Dependency” termasuk ICU, CCU, CICU dan HDU kanak kanak.
• Melatih penuntut penuntut perubatan, Pegawai Perubatan, Pakar Klinikal dan paramedik dalam bidang Haemodialysis, Nefrologi dan Pembedahan Buah Pinggang.
• Menjadi pusat penyelidikan masalah buah pinggang bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan bagi kebaikan pesakit Nefrologi.
PERKHIDMATAN KAMI
MAKLUMAT PERKHIDMATAN
• Menjalankan haemodialysis dan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)
• Menghadiri klinik nefrologi dan pemindahan buah pinggang
• Merawat dan kaunseling pesakit nefrologi di Unit
• Memberi perhatian kepada pesakit yang dirujukan daripada unit unit lain dan dari hospital daerah
• Melaksana prosedur seperti ‘renal biopsy', acute haemodialysis dan peritoneal dialysis
• Bersedia atas panggilan hospital mengikut jadual
• Menguruskan pentadbiran Unit Haemodialysis yang sedia ada, merancang perkhidmatan Nefrologi, aktiviti pemindahan buah pinggang dan unit haemodialysis baru di Negeri Johor
• Membantu di dalam pengurusan Nefrologi di peringkat Kebangsaan seperti jawatankuasa ‘Practice Guidelines', tender alat atau ubatan
• Melawat hospital hospital daerah untuk Klinik Nefrologi di Negeri Johor iaitu Hospital Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Pandan dan Kulai
• Melatih paramedik kursus perawatan pos basik, Pegawai Perubatan dan Pakar Klinikal termasuk memberi ceramah, CME dan tutorial
• Mengumpulkan data statistik untuk ‘National Renal Registry' dan ‘Transplant Registry' untuk tujuan audit, kertas kajian dan penyelidikan saintifik