Jabatan Nefrologi

PENGENALAN

Merawat individu yang mengalami masalah buang pinggang.

FUNGSI JABATAN

FUNGSI JABATAN

•  Perkhidmatan, nasihat dan pusat rujukan Nefrologi, Dialysis dan Perkhidmatan pemindahan buah pinggang dalam hospital Kementerian Kesihatan Negeri Johor.

•  Memberikan perkhidmatan dialysis yang selamat, efektif dan secukupnya untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang yang akut dan kronik.

•  Memberikan khidmat kauseling, pendidikan dan pemulihan untuk pesakit ini.

•  Memberi perkhidmatan terapi dialysis termasuk CVVHDF di Unit “High Dependency” termasuk ICU, CCU, CICU dan HDU kanak kanak.

•  Melatih penuntut penuntut perubatan, Pegawai Perubatan, Pakar Klinikal dan paramedik dalam bidang Haemodialysis, Nefrologi dan Pembedahan Buah Pinggang.

•  Menjadi pusat penyelidikan masalah buah pinggang bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan bagi kebaikan pesakit Nefrologi.

PERKHIDMATAN KAMI

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

•  Menjalankan haemodialysis dan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)

•  Menghadiri klinik nefrologi dan pemindahan buah pinggang

•  Merawat dan kaunseling pesakit nefrologi di Unit

•  Memberi perhatian kepada pesakit yang dirujukan daripada unit unit lain dan dari hospital daerah

•  Melaksana prosedur seperti ‘renal biopsy', acute haemodialysis dan peritoneal dialysis

•  Bersedia atas panggilan hospital mengikut jadual

•  Menguruskan pentadbiran Unit Haemodialysis yang sedia ada, merancang perkhidmatan Nefrologi, aktiviti pemindahan buah pinggang dan unit haemodialysis baru di Negeri Johor

•  Membantu di dalam pengurusan Nefrologi di peringkat Kebangsaan seperti jawatankuasa ‘Practice Guidelines', tender alat atau ubatan

•  Melawat hospital hospital daerah untuk Klinik Nefrologi di Negeri Johor iaitu Hospital Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Pandan dan Kulai

•  Melatih paramedik kursus perawatan pos basik, Pegawai Perubatan dan Pakar Klinikal termasuk memberi ceramah, CME dan tutorial

•  Mengumpulkan data statistik untuk ‘National Renal Registry' dan ‘Transplant Registry' untuk tujuan audit, kertas kajian dan penyelidikan saintifik

WAKTU OPERASI

Unit Haemodialysis Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru menjalankan waktu operasi dari 7.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari kecuali hari Ahad dan bagi unit CAPD dari 7.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari termasuk hari Ahad dan Hari Kelepasan ‘Am 365 hari setahun.