Jabatan Otorinolaringologi

PENGENALAN

Perubatan atau pembedahan terhadap anggota badan manusia yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak. Unit otorinolaringologi memberi tumpuan kepada individu atau pesakit yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak mereka.

PERKHIDMATAN KAMI

  • Memberikan khidmat perawatan Otorinolaringologi ( ORL) kepada pesakit pesakit di wad.
  • Menyediakan perawatan ORL kepada pesakit luar iaitu kepada pesakit-pesakit yang datang ke klinik Pakar ORL.
  • Menjalankan pembedahan bagi kes kes ORL.
  • Memberikan khidmat pembedahan ‘ Daycare’ bagi kes kes pembedahan bius setempat
  • Memberikan perkhidmatan perawatan ORL bagi rujukan antara jabatan di dalam HSAJB
  • Memberi perkhidmatan rawatan ORL bagi kes kes rujukan dari   luar HSAJB.
  • Memberi khidmat konsultasi dan menyelaraskan perkhidmatan  ORL.
  • Memberikan perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada pesakit.
  • Menyediakan perkhidmatan perawatan Pakar ORL kepada hospital-hospital daerah.
  • Menyediakan khidmat pembelajaran dan latihan ORL
  • Menyediakan perkhidmatan Unit Audiologi Jabatan ORL.
  • Menyediakan perkhidmatan Unit Terapi Pertuturan Jabatan ORL.

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

1)  Perawatan pesakit-pesakit di wad HSAJB:-
 
Wad Barat 2 – bagi pesakit dewasa / lelaki
Wad Barat 5 – bagi pesakit dewasa / perempuan
Wad Timur 5 – bagi pesakit kanak kanak

 

2)  Pembedahan
 
Pembedahan Elektif Jabatan ORL:
 
Setiap Hari Selasa dan Khamis Di Dewan Bedah.

 

3) Pembedahan Kecil.
  •  Pembedahan bius setempat ( Local Anaesthesia ) Daycare Di Bilik 'Minor OT' di Klinik ORL.
4) Prosedur Endoscopy ORL di Klinik ORL HSAJB
  • Nasal Endoscopy
  • Flexible Endoscopy

5) Prosedur-prosedur perawatan
di Klinik ORL.

 

6) Perkhidmatan Allergy 'Skin Prick Test'
di Klinik ORL.

7) Perkhidmatan Pakar ORL ke Hospital Daerah
  1. Hospital Kluang - Perawatan klinik ORL pada setiap hari Khamis minggu ketiga setiap bulan

8) Perkhidmatan Unit Audiologi Jabatan ORL
  1. Ujian Pendengaran
  2. High Risk Newborn Hearing Screening
  3. Rehabilitasi Aural (Pesakit dengan alat bantu pendengaran)

9)  Perkhidmatan Unit Terapi Pertuturan Jabatan ORL
  1. Terapi Pertuturan dan Bahasa
  2. Flexible Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES)

10)  Latihan
  1. Pegawai Perubatan Sarjana ORL
  2. Pelatih-pelatih Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat
  3. Pegawai Jurusan Audiologi
  4. Pelajar Jurusan Terapi Pertuturan dan Bahasa
  5. Guru-guru Sekolah Pendidikan Khas bagi Unit Terapi Pertuturan dan Bahasa
  6. Continuous Medical Education (CME) - peringkat Jabatan dan Hospital
  7. Penganjuran Ceramah, Bengkel / Kursus