Jabatan Pediatrik

PENGENALAN

Pediatrik adalah rawatan yang khas untuk golongan kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Sebagai pusat perkhidmatan rawatan Pediatrik yang unggul, disamping menjadi pusat latihan dan penyelidikan dalam bidang Kesihatan Kanak-kanak

 

MISI

Memberi perkhidmatan rawatan Pediatrik yang menyeluruh dan berkualiti, melalui semangat kerja berpasukan, penyayang dan professionalisme, demi kepuasan pelanggan. 


 

OBJEKTIF JABATAN PEDIATRIK

  • Untuk menjadi pusat rujukan rawatan Pediatrik Untuk menjadi ‘advocate’ bagi kesihatan dan kebajikan kanak-kanak
  • Untuk meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak dalam komuniti
  • Untuk menyediakan dan menjalankan latihan berterusan dan penyelidikan perubatan 

PERKHIDMATAN KAMI

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 

Perkhidmatan Neonatal

Perkhidmatan neonatal diberikan khusus untuk pesakit atau bayi yang pra matang serta pesakit atau bayi yang berumur kurang dari 28hari. Rawatan dalam hospital diberikan di wad rawatan rapi neonatal yang mempunyai sebanyak 20 katil di wad A4. Manakala rawatan neonatal yang lain diberikan di wad A3 yang mempunyai 45 katil  dan di A2 sebanyak 16katil. Perkhidmatan neonatal diklinik pakar pediatrik diberikan pada pesakit susulan, yang berisiko tinggi seperti bayi pramatang.   

 

Perkhidmatan Rawatan Rapi Pediatrik Bermula dari tahun 2008, perkhidmatan rawatan rapi telah diadakan dengan 7 katil di wad BR2. Pada 2010, jumlah katil telah meningkat sebanyak 8 katil dengan 2 bilik rawatan asingan. Jumlah kemasukan ke wad rawatan rapi pediatrik adalah lebih kurang 450 pesakit setahun dengan ”Standardise Mortality Ratio (SMR) ” adalah 1.1. Wad rawatan rapi ini menerima kemasukan dari pellbagai disiplin dengan 25% adalah bukan medikal. Wad ini juga menerima pesakit dari seluruh negeri Johor.  

 

Perkhidmatan Klinik Pakar Pediatrik

Perkhidmatan ini diberikan di klinik pakar pediatrik dengan purata kedatangan  pesakit seramai 11,000 setahun. Ianya melibatkan pelbagai disiplin termasuk neontatal dan pediatrik am. Pakar-pakar seperti pediatrik neurologi, pediatrik endocrine dan pediatrik respiratori didatangkan dari Kuala lumpur setiap 3-4 bulan sekali. Manakala perkhidmatan pediatik kardiologi boleh didapati di blok A1.

Jadual perkhidmatan klinik pakar adalah seperti dibawah: 

  Hari 

 8.30pagi-1.00ptg

Ahad

Pediatrik Am

 

Fetal Echo

 Isnin

 Pediatrik Am

 Neonatal

Pediatrik Kardiologi

 Selasa

 Pediatrik Am 

 Neurologi

Fetal Echo

 Rabu

 Pediatrik Am

 Respiratory

Pediatrik Kardiologi

 Khamis

 Pediatrik Am

 Neurologi

Pediatrik Kardiologi

 

Perkhidmatan Rawatan Harian

Perkhidmatan rawatan harian telah bermula pada tahun 1996 di BR4, khususnya untuk pesakit thalasemia, hemophilia dan menjalankan prosedur harian. Purata kedatangan pesakit dalam setahun adalah sebanyak 1250-1500 dengan majoriti untuk kemasukan darah.

 

Perkhidmatan Pediatrik am

Perkhidmatan pediatrik am untuk kemasukan wad diberikan di wad BR3 dengan jumlah katil sebanyak 28 katil. Manakala rawatan wad asingan yang mempunyai sebanyak 20 katil diberikan di wad BR4. 

 

Perkhidmatan Lawatan Pakar Pediatrik ke hospital Kulai

Pakar-pakar dari jabatan pediatrik juga bertanggung jawab menjalankan klinik pakar pediatrik di Hospital Kulai Mulai tahun 2014

Jadual adalah seperti dibawah:-

Hospital 

 8.00pagi-1.00ptg

Kulai 

 Pediatrik Am (Setiap Isnin-minggu ketiga) 

 

LOKASI

  • Jabatan Pediatrik mempunyai  wad, Klinik pakar dan  unit rawatan harian seperti dibawah:
    • Wad neonatal terletak di Blok Anggerik (Blok A). Di blok ini terdapat tiga wad iatu wad unit rawatan rapi neonatal (wad A4) dan wad neonatal di tingkat 3 and 2 (wad A2 dan A3) 
    • Wad pediatric  terletak di blok Bunga Raya iatu wad rawatan rapi pediatrik di tingkat 1 (BR2), wad pediatric di tingkat 2 (BR3) dan wad asingan pediatrik (Isolation ward) di tingkat 3 (BR4)   
    • Unit Rawatan Hrian Pediatrik pula terletak di tingkat 3, blok Bunga Raya (BR4) 
    • Klinik Pakar Pediatrik terletak di bangunan poliklinik manakala, klinik pakar kardiologi pediatrik terletak di tingkat bawah Blok Anggerik (A1)