Jabatan Pembedahan Am

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Am merupakan salah satu komponen penting dalam perkhidmatan pembedahan di Hospital Sultanah Aminah bagi memberikan perkhidmatan pembedahan kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak. Ia beroperasi sebagai pusat rujukan kawasan selatan serta pusat latihan siswazah dan lanjutan lepasan siswazah. Perkhidmatan yang disediakan termasuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit  di dalam wad serta kes-kes rujukan.  Perkhidmatan untuk pesakit luar, rawatan pembedahan kecemasan ‘emergensi’, elektif, endoskopi, rawatan harian (Day Care) dan prosedur kecil di klinik.  Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dalam wad serta memberikan kemudahan kepada pesakit.

OBJEKTIF

Memberi pakej perkhidmatan  seperti perundingan, membuat diagnosa, rawatan pembedahan dan perawatan lanjutan.  Selain dari kemudahan yang disediakan, ia juga memastikan rahsia peribadi (privacy)di pelihara.

Objektif Jabatan Pembedahan Am adalah seperti berikut:

  • Untuk memulihkan pesakit-pesakit yang mengidap penyakit-penyakit yang perlukan atau mungkin memerlukan rawatan pembedahan untuk mencapai taraf kesihatan yang optima.
  • Untuk mengurangkan kadar infeksi selepas pembedahan.
  • Untuk mengurangkan komplikasi dan ketidakselesaan kepada pesakit-pesakit semasa dan selepas menjalani rawatan pembedahan.
  • Untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin serta lebih bertangguggjawab untuk menjaga kesihatan diri masing-masing.

PERKHIDMATAN KAMI

RAWATAN  PESAKIT  LUAR

Rawatan Pesakit luar bagi kes-kes rujukan dan rawatan Pembedahan Am bagi dewasa dan kanak-kanak serta klinik pemeriksaan Payu Dara. Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan dan penyiasatan yang teliti dan waris-waris mereka diberikan penerangan yang teliti tentang risiko jika ada mengenai sesuatu penyakit.

RAWATAN  PESAKIT  DALAM  WAD

Memberikan rawatan kepakaran pembedahan yang bermutu tinggi kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad pembedahan lelaki dan perempuan dan juga wad pembedahan kanak-kanak.

RAWATAN  PEMBEDAHAN

Menjalankan rawatan pembedahan kepakaran pembedahan sama ada secara kecemasan ataupun elektif. Pembedahan ‘combine’dengan lain-lain kepakaran seperti plastic dan juga Urology juga dilakukan.

PUSAT  RUJUKAN

Berfungsi sebagai pusat rujukan, serta sedia menerima dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes-kes yang dirujuk oleh  mana-mana hospital kerajaan dan swasta serta mana-mana klinik  kerajan dan swasta.

LAWATAN  PAKAR  PEMBEDAHAN  KE HOSPITAL LAIN

Perkhidmatan ini diadakan di Hospital Kulai pada setiap hari selasa minggu ketiga dan Hospital Pontian setiap hari isnin minggu pertama.

PERKHIDMATAN  PEMBEDAHAN  HARIAN

Merupakan perkhidmatan pembedahan kecil yang tidak memerlukan kemasukan ke wad. Ia dijalankan pada hari Isnin petang, Selasa dan Khamis pagi.

PERKHIDMATAN ‘ENDOSKOP’

Perkhidmatan diagnosa serta perawatan dengan menggunakan Endoskop’. Pekhidmatan ini dijalankan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.                 

PERKHIDMATAN  PALIATIF

Berfungsi sebagai pusat rawatan susulan kanser yang kronik di unit ini juga perawatan `Chemo` dijalankan.

PUSAT LATIHAN KEPAKARAN PEMBEDAHAN AM

Memberikan latihan kepakaran Pembedahan Am kepada bakal-bakal pakar dan kursus dalamam kepada semua kategori di Jabatan Pembedahan Am bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan Pembedahan Am

KLINIK  PEMERIKSAAN  PAYU  DARA

Merupakan klinik yang menjalankan pemeriksaan payu dara. Klinik ini hanya dijalankan pada hari Jumaat pagi sahaja.

PENDAFTARAN  DATA  KANSER (CANSER REGISTRY)

Jabatan Pembedahan telah menjalankan statistic tentang bilangan pesakit barah setiap bulan di negeri Johor secara berterusan.

PERKHIDMATAN  BERKHATAN

Perkhidmatan ini hanya dijalankan untuk murid sekolah pada usia dari 9 tahun hingga 12 tahun bagi tujuan kehendak tuntutan agama. Biasanya program ini diadakan pada cuti penggal persekolahan akhir tahun.

 

  • DEPARTMENT OF GENERAL SURGERY SCHEDULE 

waktukliniksfuc