JABATAN UROLOGI

Pengenalan

Jabatan Urologi mula beroperasi berasingan dari Jabatan Pembedahan Am pada tahun 1993, apabila seorang Pakar Urologi pertama kali ditempatkan di hospital ini. Penubuhan unit berasingan ini bertujuan supaya kes-kes yang berkaitan dengan sistem saluran kencing dapat diberi perhatian dengan lebih khusus. Dalam perkembangan masa kini, kes-kes urologi yang kerap ditemui ialah batu karang, masalah kelenjar prostat bagi lelaki, jangkitan pada saluran kencing, masalah kongenital seperti hypospadias, impotence dan infertility serta lain-lain masalah yang berkaitan. Sejak dimulakan pada tahun 1993, bilangan pesakit yang datang mendapatkan rawatan meningkat dari setahun ke setahun.

Bagi mengurangkan kesesakan akibat peningkatan bilangan pesakit luar, pada tahun 1998 jabatan ini terpaksa dipindahkan dari premis asal tingkat bawah Bangunan Poliklinik ke aras 3 di bangunan yang sama, mengisi ruang yang dikosongkan oleh Tabung Darah yang berpindah ke Bangunan Induk. Bilik pemeriksaan bertambah daripada dua kepada tiga buah dan ruang menunggu yang lebih besar dan selesa serta boleh menempatkan 50 pesakit pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun keselesaan ini hanya sementara sahaja disebabkan bilangan pesakit yang terus meningkat setiap tahun.

Walaupun hari klinik telah ditambah dari 2 kepada 4 hari seminggu (hari Isnin dijadikan hari klinik untuk kes-kes baru sahaja), namun tidak dapat mengatasi masalah kesesakan yang kian meruncing. Masalah tersebut dapat diatasi sekiranya Klinik Urologi ditempatkan semula di tempat yang lebih luas.

Tambahan sessi klinik pesakit luar pada setiap hari Isnin tidak dapat mengurangkan kesesakan akibat bilangan pesakit yang bertambah. Dengan bilangan kedatangan pesakit luar yang mencecah 19,645 pada tahun 2009, bilangan pesakit baru pada setiap hari Isnin mencapai 80 pesakit sehari dan pesakit ulangan yang diperiksa pada hari Selasa dan Rabu mencapai 160 sehari.


Dalam kajian yang dibuat pada tahun 2010, purata lama masa menunggu untuk pendaftaran ialah 30 minit dan purata masa menunggu untuk diperiksa oleh doktor sehingga 2 jam. Kajian juga menunjukkan ramai pesakit tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan khususnya lama masa menunggu untuk pembedahan dan rawatan susulan. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Walaupun masa menunggu untuk pembedahan terlalu lama (lebih setahun untuk kes-kes hypospadias,staghorn calculus) namun tiada perubahan yang dapat dilakukan untuk aktiviti pembedahan. Waktu pembedahan yang dikhaskan kepada bahagian Urologi adalah pada setiap hari Isnin(dari pukul 8pagi hingga 8 malam),Khamis(9pagi hingga 4petang),serta Rabu minggu pertama dan ketiga (dari pukul 9pagi hingga 4petang).

Pembedahan kecil di Poly OT dipindahkan pada setiap hari Rabu dan juga pada Jumaat minggu kedua dan keempat. 'Combined Urology/Paediatric Clinic' diadakan di Klinik Paediatrik pada hari Rabu minggu ketiga antara pukul 2.00 hingga 4.30 petang. Disebabkan kekurangan waktu pembedahan di Hospital Sultanah Aminah, pembedahan di Hospital Kulai pada setiap hari Jumaat diteruskan khususnya untuk kes-kes hypospadias dan kes-kes congenital melibatkan kanak-kanak yang lainnya.

Senarai Perkhidmatan

 

Rawatan Pesakit Luar

Nama Klinik   Tel Waktu Operasi
Hari Waktu
Klinik Pakar :   Ahad 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
  Isnin 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
  Selasa 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Pembedahn kecil  

Klinik Prostat

  Rabu 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
  Khamis 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Stenting   8.00 Pagi hingga 5.00 Petang

 

Rawatan Pesakit Dalam

Ward   Tel Waktu Melawat
Hari Waktu
Lelaki
Kelas 2 & 3
:         
Perempuan 
Kelas 2 & 3
     
Kanak-kanak      
Kelas Satu      

Piagam Pelanggan

 

 

  • Kemaskini Terakhir :
    27-07-2021

Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas

Copyright © 2021 Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru