JABATAN FARMASI

 
Jabatan Farmasi merupakan salah satu perkhidmatan sokongan yang terbesar di dalam Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru di bawah Direktorat Sokongan Klinikal. Jabatan Farmasi HSAJB merangkumi 5 unit utama untuk mengendalikan semua aktiviti-aktiviti baru dalam bidang Farmasi.
 
 
  1. Farmasi Logistik
  2. Farmasi Pesakit Luar
    • Farmasi Klinik Pakar
    • Farmasi Kecemasan
    • Farmasi Klinik Psikiatri
  3. Farmasi Pesakit Dalam
    • Farmasi Bekalan Wad
    • Farmasi Satelit A
    • Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal
  4. Farmasi Pengeluaran
    • Farmasi Pengeluaran Steril
    • TPN & IV Admikstur
    • Farmasi Nuklear
    • Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)
    • Farmasi Pengeluaran Bukan Steril
  5. Perkhidmatan Farmasi Wad
    • Farmasi Wad
    • Pusat Maklumat Ubat
 
 
 
OBJEKTIF 
  1. Memberi perkhidmatan Farmasi yang cekap, tepat dan berkesan kepada pesakit dan pelanggan di hospital.
  2. Mengadakan perkhidmatan Farmasi Klinikal untuk meningkatkan kualiti rawatan pesakit.
  3. Mengukuhkan sistem perolehan dan bekalan supaya memenuhi keperluan ubat-ubatan dan alat perubatan di peringkat hospital dan pusat kesihatan.
  4. Bekerjasama (collaboration) sebagai satu pasukan dalam pengurusan perawatan pesakit dalam dan pesakit luar.
 
VISI
Mewujudkan perkhidmatan Farmasi dan Bekalan di Hospital Sultanah Aminah yang cekap dan berkesan berteraskan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
MISI
Menyediakan perkhidmatan Farmasi yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan dan berusaha meningkatkan tahap penjagaan farmaseutikal (pharmaceutical care).
 
 
 
  1. Farmasi Logistik
    • Perolehan dan bekalan daripada/kepada pelanggan adalah mengikut tatacara pengurusan stor (TPS).
    • Memberi perkhidmatan yang cepat ,tepat dan mesra kepada pelanggan.
    • Memastikan sub-stor mendapat bekalan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh inden dihantar DENGAN SYARAT INDEN TIDAK BERMASALAH.
  2. Farmasi Pesakit Luar
    • Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
    • Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.
  3. Farmasi Pesakit Dalam
    • Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa **3jam dalam waktu pejabat.
  4. Farmasi Pengeluaran
    • Farmasi Pengeluaran Steril
    • TPN & IV Admikstur
    • Farmasi Nuklear
    • Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)
    • Farmasi Pengeluaran Bukan Steril
      • Setiap pesanan ubat yang diterima MENGIKUT JADUAL PESANAN yang ditetapkan akan akan dibekalkan pada hari yang sama dengan ubat-ubatan yang berkualiti, berkesan dan selamat
      • Bekalan bagi keperluan kecemasan (melalui buku pesanan) akan dibekalkan dengan kadar segera atau secepat mungkin.
      • Setiap pertanyaan mengenai ubat akan dijawab secepat mungkin secara lisan.
  5. Perkhidmatan Farmasi Wad
    • Farmasi Wad
      • Sejarah pengubatan bagi semua pesakit yang masuk ke wad akan diperolehi dalam tempoh 24 jam selepas kemasukan.
      • Setiap pesakit akan diberi ubat-ubatan yang berkualiti dan berlabel berserta penerangan yang jelas mengenai pengambilan dan penggunaan ubat- ubatan yang dibekalkan.
      • Semua pesakit dengan "medication devices"akan diberi kaunseling di wad.
      • Semua pesakit discaj akan diberikan ubat dan kaunseling ubatubatan di wad.
    • Pusat Maklumat Ubat
      • Setiap pertanyaan mengenai ubat-ubatan akan dijawab dengan kadar segera berdasarkan kepada ’evidence based’.
      • Laporan-laporan kesan advers yang DITERIMA DENGAN LENGKAP akan dihantar ke MADRAC dalam tempoh masa 3 hari bekerja dari tarikh laporan diterima.
      • Permohonan untuk analisa kimia kandungan ubat / makanan kesihatan yang LENGKAP akan dihantar ke Jabatan Kimia: o dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima (bagi kes biasa). o dalam tempoh 24 jam dari masa permohonan diterima (bagi kes keracunan).
      • Permohonan untuk ubat bukan standard dan Dossier yang lengkap sahaja akan diproses untuk pembentangan pada Mesyuarat Jawatankuasa Terapeutik Ubat-ubatan (JKTU) mengikut jadual.
  6. Farmakokinetik Klinikal (TDM)
    • Setiap sampel darah yang diterima, dijalankan ujian dan interpretasi dibuat pada hari yang sama permohonan diterima mengikut waktu pejabat.
    • Setiap keputusan analisa dan saranan yang tepat dimaklumkan secara lisan (telefon) atau Teleprimary Care (TPC) atau faksimili kepada pelanggan dalam masa 24 jam.
    • Setiap sampel darah bagi kes toksik dibuat ujian dan keputusan diinterpretasi dan dimaklumkan dalam tempoh 2 jam selepas diterima.
 
 
Pada 20 Oktober 2011, Jabatan Farmasi HSAJB berjaya memperolehi Persijilan 5S pertama daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Selain itu, Jabatan Farmasi HSAJB telah berjaya mengekalan Persijilan 5S sehingga kini.
 
  
 
Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru @ 2020
Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas
  • Kemaskini Terakhir :
    22-10-2020