Jabatan Kerja Sosial Perubatan

 

PENGENALAN

Kami menawarkan perkhidmatan sokongan bukan klinikal berbentuk bantuan sokongan terapi & bantuan praktik kepada pesakit-pesakit yang dirujuk daripada wad (in-patient) dan juga pesakit luar (out-patient). Pegawai Kerja Sosial Perubatan bertindak sebagai ‘ Liason Officer’ yang menghubungkan antara pesakit, komuniti dan agensi yang berkenaan.

VISI & MISI

VISI

Untuk mewujudkan satu perkhidmatan sosial perubatan yang berkualiti & efisien kepada semua pelanggan.

 

MISI

Untuk membantu pesakit yang dirujuk dalam aspek psikososial supaya mereka menjadi anggota masyarakat yang boleh berdikari bersesuaian dengan batas keupayaannya akibat penyakit dan masalah psikososial  yang dihadapinya.

 

PERKHIDMATAN KAMI

Perkhidmatan terbahagi kepada:-

Sokongan Terapi

Memberi bantuan khidmat nasihat / bimbingan & kaunseling kepada pesakit di dalam kes-kes seperti keganasan rumahtangga, #HSAJB -TEXT NOT ALLOWED# / pencabulan, ibu tanpa nikah dan lain-lain.

Bantuan Praktik


Memberi bantuan dan menghubungkan permohonan pesakit-pesakit ke agensi-agensi yang berkaitan bagi kes-kes seperti:- 

  • Menguruskan kemasukan ke institusi / penempatan
  • Bantuan peralatan perubatan / Alat Tiruan / Prosthesis bagi kes-kes yang tidak mampu.
  • Mengendalikan & menguruskan sumber-sumber dana kewangan
  • Kes-kes malnutrition
  • Keperluan tambang untuk rawatan / susulan / balik ke rumah
  • Sediakan laporan latarbelakang sosioekonomi pesakit untuk rujukan agensi yang terlibat.

 

Antara Agensi / Badan / Persatuan yang dirujuk ialah :-

  • Tabung Bantuan Perubatan (TBP) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
  • Malaysian Child Society (MACAS)
  • Yayasan Kebajikan Negara (YKN)
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
  • Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
  • Badan-badan bukan kerajaan (NGO’s)

LOKASI

Terletak di aras 1 bangunan induk berhampiran pos kawalan keselamatan.

WAKTU OPERASI

 

HARI

MASA

Isnin – Khamis

8 a.m – 1 p.m

1 p.m – 2 p.m (rehat)

2 p.m – 5 p.m

Jumaat

8 a.m – 12.45 p.m

12.15 p.m – 2.45 p.m (rehat)

2.45 p.m – 5 p.m

Sabtu – Ahad

Tutup