Jabatan Kecemasan & Trauma

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan Dan Trauma HSAJB merupakan salah satu jabatan yang penting di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru di mana jabatan ini merupakan barisan hadapan bagi struktur hospital ini. Jabatan ini terletak di sebelah timur bangunan induk berhadapan selat selatan. Jabatan Kecemasan telah beroperasi di bangunan baru pada 1 Februari 2009 sehingga sekarang.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

“PROFESSIONALISME DAN KERJASAMA KE ARAH KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN KECEMASAN”

 

MISI

Kami komited untuk menyediakan rawatan yang tepat,cepat dan perkhidmatan penjagaan dalam cara yang sopan untuk memastikan keperluan dan kepuasan pelanggan di penuhi.

 

OBJEKTIF

1. Memberikan perawatan Kecemasan bersepadu dan berterusan bermula dari perkhidmatan pra hospital sehingga ke hospital.

2. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi setiap fasa pengurusan kritikal bermula dari perkhidmatan pra hospital, perkhidmatan triage dan pengurusan pesakit di zon-zon khas iaitu Kritikal, Separa Kritikal dan Tidak Kritikal.

3. Memastikan perawatan yang tepat , efisyen, efektif melibatkan resusitasi, pengstabilan, diagnosis dan pelaksanaan prosedur menyelamatkan nyawa.

4. Memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit melalui pendekatan berkumpulan yang terdiri daripada Pakar Kecemasan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat

PIAGAM PELANGGAN

Kami akan memastikan setiap pesakit yang mengunjungi Jabatan Kecemasan Dan Trauma akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional:-

1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan Dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:-

  • Kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta.
  • Kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15 hingga 20 minit.
  • Kes kecemasan bukan Kritikal (Zon Hijau) akan dilihat dalam masa 90 minit

2. Perkhidmatan pesakit bukan kecemasan diberikan mengikut giliran dan / atau keadaan pesakit. Keutamaan lain akan diberikan kepada kanak-kanak kurang daripada 2 tahun dan warga emas melebihi 65 tahun.

3. Maklumat akan diberikan kepada pesakit berkenaan penyakit dan perawatan.

4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin

PERKHIDMATAN KAMI

Jabatan Kecemasan dan Trauma mengendalikan kes-kes kecemasan 24 jam sehari.Pesakit-pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma di klasifikasikan mengikut keterukan dan ketenatan pesakit. Semua kedatangan pesakit adalah melalui kaunter Triage. Pengklasifikasian adalah seperti berikut ;

1. ZON MERAH (KRITIKAL)

  • Sekiranya dikategorikan sebagai kecemasan kritikal, akan dilihat serta merta oleh Pegawai Perubatan
  • Memberi rawatan kepada kes-kes yang tidak stabil.
  • Memberi perkhidmatan rawatan kecemasan bagi pesakit yang mengancam nyawa.
  • Melakukan investigasi makmal dan x-ray bagi pesakit.
  • Menyediakan rawatan kecemasan seperti ”Intubation”, ”Central venous line”, ”Arterial line”, “Cardiopulmonary

2. ZON KUNING (SEPARA KRITIKAL)

  • Sekiranya dikategorikan sebagai kecemasan separa kritikal, akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam jangkamasa 15 minit.
  • Memberi rawatan kepada kes-kes yang separa kritikal.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan secara laluan terus tanpa perlu menunggu.
  • Memberi rawatan begi kes-kes trauma yang mana haemodinamiknya adalah stabil tetapi pesakit tidak boleh berjalan.
  • Memberi perkhidmatan rawatan kecemasan bagi penyakit –penyakit yang akut.

3. ZON HIJAU (TIDAK KRITIKAL)

  • Sekiranya dikategorikan sebagai kecemasan tidak kritikal, akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam jangkamasa 30 minit hingga 60 minit.
  • Memberi rawatan kepada kes-kes yang stabil. Menyediakan perkhidmatan rawatan asthma secara laluan terus tanpa perlu menunggu.
  • Memberi rawatan begi kes-kes trauma yang mana haemodinamiknya adalah stabil. Memberi perkhidmatan rawatan kecemasan bagi penyakit –penyakit yang akut.
  • Melakukan investigasi makmal dan x-ray bagi pesakit yang memerlukan.
  • Menyediakan khidmat nasihat perubatan khasnya kepada pesakit asthma dan bagi penyakit kronik yang lain.
  • Memberi perkhidmatan rujukan kepakaran bagi kes-kes yang memerlukan rawatan susulan.

4. KRPSWP

Klinik Rawatan Pesakit selepas waktu pejabat (KRPSWP) adalah merupakan klinik yang sediakan untuk memberi rawatan kepada kes-kes bukan kecemasan yang hadir selepas waktu pejabat dan hari-hari kelepasan. Jadual Untuk KRPSWP adalah seperti berikut:

HARI-HARI BEKERJA

7.00 PETANG -12.00 MALAM

8.00 MALAM-12.00 MALAM

HARI-HARI KELEPASAN

8.00 PAGI-12 PETANG

12.00 PETANG-4.00 PETANG

4.00 PETANG-8.00 MALAM

8.00 MALAM-12.00 MALAM

 

5. One Stop Crisis Centre (OSCC)

Jabatan Kecemasan dan Trauma juga mengendalikan semua kes-kes One Stop Crisis Centre (OSCC).Sebuah bilik khas telah digunakan sebagai bilik untuk kes-kes OSCC ini. Kes-kes OSCC adalah seperti berikut;

  • Rogol
  • Keganasan rumah tangga (Domestic violence)
  • Penderaan kanak-kanak

6. Medical Emergency Coordinating Centre Johor Bahru (MECCJB)

Merupakan Pusat Koordinasi Panggilan Ambulan untuk negeri Johor (Zon Selatan), berfungsi 24 jam sebagai pusat panggilan dan koordinasi ambulan, dimana untuk mengendalikan perkhidmatan ambulan Negeri Johor ( Zon Selatan). Daerah dalam lingkugan zon selatan adalah Johor Bahru, Kota tinggi, Mersing, Kulaijaya, Pontian dan Kluang.

7. Makmal Mini (Mini Lab)

Menyediakan perkhidmatan makmal untuk pesakit Jabatan Kecemasan dan Trauma yang memerlukan Ujian dan keputusan segera. Diantara perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • Pemeriksaan darah “full blood count”
  • Pemerisaan darah ”arterial blood gases”
  • Pemerisaan darah “cardiac enzyme”
  • Pemeriksaan “ urine analysis”

8. Wad Pemerhatian

Wad Pemerhatian Jabatan Kecemasan danTrauma dilengkapi dengan 12 unit katil dan beropersai 24 jam. Dua orang Jururawat ditempatkan di Wad Pemerhatian bagi mengendalikan pesakit yang dimasukkaan ke wad ini. terdapat 3 katil untuk Critical Care Unit ditempatkan di Wad Pemerhatian.

9. Bilik Rawatan Isolasi (IIR)

Jabatan telah menaiktaraf bilik isolasi dengan menambah negative pressure room bagi mengendalikan keskes infeksi. Terdapat seorang Pegawai Perubatan dan seorang Paramedik pada setiap sif yang akan mengendalikan kes-kes infeksi di bilik rawatan isolasi ini (IIR).

10. Pra Hosptal Care Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

11. Program Penempatan Wajib (Penolong Pegawai Perubatan)

Bermula dari tahun 2008 Jabatan Kecemasan telah mengendalikan Program Penempatan Wajib (PPW) yang telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melatih Penolong Pegawai Perubatan Lantikan Baru. Setip Kumpulan ditempatkan selama enam bulan untuk penempatan wajib di Jabatan Kecemasan dan Trauma. Modul-modul khas telah disiapkan untuk memastikan setiap Penolong Pegawai Perubatan Lantikan Baru dapat menjalankan tugas mereka dengan baik selepas selesai menjalankan latihan di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

12. Training Center Untuk Pelajar Kejururawatan, Penolong Pegawai Perubatan Dan Pelajar Perubatan

Jabatan Kecemasan dan Trauma HSAJB merupakan pusat latihan untuk pelajar-pelajar perubatan dari Monash University (Malaysia) dan Newcastle University (Malaysia) yang akan menjalani clinical rotation di jabatan ini selama 4 minggu. Disamping itu juga pelajar kejururawatan dan Penolong Pegawai Perubatan dari Institut Latihan Kemahiran Malaysia turut menjalani clinical rotation di jabatan ini selama 6 minggu.

 

TAKWIM LATIHAN

General Policy Department Of Emergency And Trauma Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Sila rujuk general polisi jabatan

Takwim Latihan Anjuran Jabatan Kecemasan Dan Trauma HSAJB

Jabatan Kecemasan Dan Trauma HSAJB sangat komited dalam menyediakan latihan/kursus kepada anggota KKM untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam perawatan kecemasan. Jabatan Kecemasan Dan Trauma bekerjasama dengan Persatuan Kecemasan Negeri Johor telah menyediakan latihan/kursus berikut sepanjang tahun;

Kursus/latihan Kekerapan dalam setahun
ALS 3 kali
BLS 2 kali
Malaysian Trauma Life Support (MTLS) 2 kali
Pre Hospital Care (PHC) 1 kali
Field Triage 2 kali