Piagam Pelanggan Jabatan Farmasi

Piagam Pelanggan Jabatan Farmasi

  • Farmasi Logistik
  • Perolehan dan bekalan daripada/kepada pelanggan adalah
    mengikut tatacara pengurusan stor (TPS).
  • Memberi perkhidmatan yang cepat ,tepat dan mesra kepada
    pelanggan.
  • Memastikan sub-stor mendapat bekalan dalam tempoh 14 hari
    selepas tarikh inden dihantar DENGAN SYARAT INDEN TIDAK
    BERMASALAH.
  • Farmasi Pesakit Luar
  • Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi
    30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  • Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem
    Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh
    yang dijanjikan.
  • Farmasi Pesakit Dalam
  • Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi
    preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa
    **3jam dalam waktu pejabat.
  • Farmakokinetik Klinikal (TDM)
  • Setiap sampel darah yang diterima, dijalankan ujian dan
    interpretasi dibuat pada hari yang sama permohonan diterima
    mengikut waktu pejabat.
  • Setiap keputusan analisa dan saranan yang tepat dimaklumkan
    secara lisan (telefon) atau Teleprimary Care (TPC) atau faksimili
    kepada pelanggan dalam masa 24 jam.
  • Setiap sampel darah bagi kes toksik dibuat ujian dan keputusan
    diinterpretasi dan dimaklumkan dalam tempoh 2 jam selepas
    diterima.
  • Farmasi Wad
  • Sejarah pengubatan bagi semua pesakit yang masuk ke wad
    akan diperolehi dalam tempoh 24 jam selepas kemasukan.
  • Setiap pesakit akan diberi ubat-ubatan yang berkualiti dan
    berlabel berserta penerangan yang jelas mengenai pengambilan
    dan penggunaan ubat- ubatan yang dibekalkan.
  • Semua pesakit dengan "medication devices"akan diberi
    kaunseling di wad.
  • Semua pesakit discaj akan diberikan ubat dan kaunseling ubatubatan di wad.

 

  • Pusat Maklumat Ubat
  • Setiap pertanyaan mengenai ubat-ubatan akan dijawab dengan
    kadar segera berdasarkan kepada ’evidence based’.
  • Laporan-laporan kesan advers yang DITERIMA DENGAN
    LENGKAP akan dihantar ke MADRAC dalam tempoh masa 3 hari
    bekerja dari tarikh laporan diterima.
    • Permohonan untuk analisa kimia kandungan ubat / makanan
      kesihatan yang LENGKAP akan dihantar ke Jabatan Kimia:
      dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan
      diterima (bagi kes biasa).
    • dalam tempoh 24 jam dari masa permohonan diterima
      (bagi kes keracunan).
  • Permohonan untuk ubat bukan standard dan Dossier yang
    lengkap sahaja akan diproses untuk pembentangan pada
    Mesyuarat Jawatankuasa Terapeutik Ubat-ubatan (JKTU)
    mengikut jadual.
  • Farmasi Pengeluaran (Steril dan Bukan Steril)
  • Setiap pesanan ubat yang diterima MENGIKUT JADUAL
    PESANAN yang ditetapkan akan akan dibekalkan pada hari yang
    sama dengan ubat-ubatan yang berkualiti, berkesan dan
    selamat
  • Bekalan bagi keperluan kecemasan (melalui buku pesanan)
    akan dibekalkan dengan kadar segera atau secepat mungkin.
    Setiap pertanyaan mengenai ubat akan dijawab secepat
    mungkin secara lisan.
  • Kemaskini Terakhir :
    04-03-2021

Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas

Copyright © 2021 Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru