Jabatan Perubatan Nuklear

PENGENALAN

Perubatan Nuklear adalah salah satu bidang perubatan yang menggunakan produk-produk beradioaktif bagi mengesan atau merawat penyakit. Produk beradioaktif untuk kegunaan perubatan boleh wujud dalam bentuk radioisotop sahaja ataupun radioisotop yang dikombinasi dengan bahan farmaseutikal tertentu dan menjadi radiofarmaseutikal. Produk beradioaktif ini dimasukkan ke dalam tubuh pesakit sama ada melalui suntikan atau minum/makan atau sedut.

Bagi proses pengesanan penyakit, pesakit akan diskan dengan menggunakan alat pengesan sinaran seperti kamera gamma SPECT (Single Photon Emission Computed Tomography) atau PET (Positron Emission Tomography). Taburan bahan radiofarmaseutikal di dalam badan akan dikesan dan maklumat mengenai fungsi organ tertentu dalam badan dapat diperolehi. Maklumat yang diperolehi daripada prosedur ini membantu perancangan rawatan yang seterusnya kepada pesakit.

Dalam proses pembentukan sesuatu penyakit, perubahan keupayaan fungsi organ yang terlibat sentiasa berlaku lebih awal daripada perubahan fizikalnya. Bidang ini membolehkan doktor-doktor mengesan perubahan fungsi ini dan memberi rawatan yang sepatutnya pada peringkat awal.

Jabatan Perubatan Nuklear Hospital Sultanah Aminah telah diwujudkan pada tahun 1996 bagi memberikan perkhidmatan Perubatan Nuklear kepada pesakit-pesakit daripada hospital-hospital di Zon Selatan Semenanjung Malaysia.

JENIS RAWATAN

JENIS-JENIS SIASATAN SKAN / RAWATAN

Hari

Masa

                         Jenis Skan

Isnin

8:00 a.m - 5:00 p.m

Myocardial Perfusion

Selasa

8:00 a.m - 5:00 p.m

Myocardial Perfusion

Rabu

8:00 a.m - 5:00 p.m

Myocardial Perfusion

Khamis

8:00 a.m - 5:00 p.m

Renal DTPA / MAG3
Renal DMSA
Terapi radionuklid untuk Hyperthyroid

Jumaat

8:00 a.m - 5:00 p.m

Bone Thyroid

Sabtu

8:00 a.m - 1:00 p.m

Bone

Atas Permintaan

Sentinel Node Imaging 
Terapi radionuklid untuk Bone Metastasis
Radioimunoterapi untuk Lymphoma