Jabatan Radiologi

PENGENALAN

Jabatan Pengimejan Diagnostik, dahulunya dikenali sebagai Jabatan X-ray merupakan satu perkhidmatan sokongan berperanan penting dalam penyelenggaraan pesakit untuk membuat diagnosa yang tepat dan cepat dan kini ianya juga menyediakan perkhidmatan terapeutik melalui prosedur intervensional yang semakin pesat berkembang. Ia menyediakan perkhidmatan untuk pesakit luar dan dalam Hospital Sultanah Aminah (HSAJB) serta semua pesakit dari hospital kerajaan yang di rujuk ke HSAJB. Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik terdapat di 3 lokasi, jabatan induk terletak di bangunan setingkat bersebelahan jabatan Sajian dan Dietetik dan sebuah unit kedua terletak ditingkat bawah bangunan poliklinik di Hospital Sultanah Aminah. Kedua-duanya telah beroperasi sejak 1991. Unit Pengimejan ketiga terletak di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan beroperasi sejak 2009. Unit Pengimejan di bangunan Poliklinik hanya terdapat 2 buah bilik pemeriksaan radiografi am untuk pesakit-pesakit luar dari klinik-klinik (Poliklinik, HSA JB) dan 1 bilik pemeriksaan di jabatan Kecemasan dan Trauma.

 

VISI, MISI & OBJEKTIF

 

VISI

Untuk menjadi satu jabatan yang yang memberikan perkhidmatan yang berkualiti
berasaskan teknologi terkini bersesuaian dengan persekitaran yang selamat.

 

MISI

Memberikan perkhidmatan pengimejan diagnostik dan prosedur teraputik kepada
pelanggan dengan menitikberatkan aspek keselamatan, profesionalisma dan
kerja berpasukan.

 

OBJEKTIF

Menyedia dan memastikan prosedur diagnostik dan terapeutik pengimejan diberi
dengan cepat, tepat dan selamat.

 

PIAGAM PELANGGAN

1. PEMERIKSAAN:
1.1 PENGIMEJAN AM:
Pemeriksaan Pengimejan biasa akan dijalankan/disiapkan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran pemeriksaan dilakukan.


1.2 RADIOLOGI KHAS:
Pemeriksaan Radiologi Khas akan dijalankan dalam tempoh 180 minit selepas pendaftaran dilakukan.


1.3 RADIOGRAFI MUDAHGERAK:
1.3.1 Pemeriksaan bukan kecemasan akan dilakukan/siap dalam masa 120 minit selepas kes didaftarkan.
1.3.2 Pemeriksaan kes kecemasan akan dilakukan/siap dalam masa 45 minit selepas didaftarkan.


2. LAPORAN PEMERIKSAAN:
Laporan keatas pemeriksaan radiologi am/khas akan siap dalam tempoh 10 hari berkerja (dari tarikh pemeriksaan/permohonan laporan) KECUALI kes-kes tenat/kecemasan, Keutamaan Pemeriksaan akan diberi kepada:-
* Kes-kes kecemasan dan pesakit tenat,
* Warga tua/emas dan kanak-kanak

PERKHIDMATAN KAMI

  • Menyediakan perkhidmatan pengimejan yang cekap, tepat dan selamat serta menghasilkan radiograf serta laporan yang bermutu diagnostik demi mempertingkatkan mutu rawatan pesakit secara umum.
  • Memastikan keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan diutamakan.
  • Mempertingkatkan kecekapan kakitangan dengan mengaktifkan "Pembelajaran Berterusan".
  • Mengembangkan konsep Budaya Korporat dikalangan kakitangan.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dari masa kesemasa.
  • Menjadi pusat kecemerlangan.

WAKTU OPERASI

 Unit  Perkhidmatan  Masa perkhidmatan
Unit Pengimejan Diagnostik, Induk   Pengimejan radiografi am, mudah alih  Hari bekerja:
   Tomografi Berkomputer (CT Scan)  8.00 pg - 5.00 ptg - kes temujanji,
   Magnetic Resonance Imaging (MRI)  kecemasan dan kes biasa
   Angiografi  
  Fluroskopi 

 Selepas waktu pejabat - kes

  Ultrasonografi   kecemasan shj
  Intravenous Urografi   
  Digital Mammografi   Hari kelepasan:
  Bone Mineral Densitometri   24 jam - Kecemasan shj
 Unit Pengimejan Diagnostik  Pengimejan radiografi am

 Hari bekerja:

Isnin - Khamis: 7.30 pg - 1.00 ptg

Jumaat: 8.00 pg - 1.00 ptg

Unit Pengimejan Diagnostik, Unit Kecemasan dan Trauma 

 Pengimejan radiografi am

Pengimejan radiografi mudah alih (Red zone sahaja)

 24 jam
Perkhidmatan di OT   C-arm fluoroscopy  24 jam