Jabatan Rekod Perubatan terletak di bangunan Asrama Jururawat 2 (6 tingkat) bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Mahmoodiah.
Peranan Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru adalah untuk memberikan perkhidmatan mengikut garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara skop perkhidmatan utama adalah :
- Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
- Pengurusan Laporan Perubatan dan Medico-Legal
- Statistik dan Casemix
OBJEKTIF
Menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan pengumpulan, penganilisaan dan pembekal maklumat kesihatan bagi kegunaan pihak pengurusan hospital bagi tujuan penilaian dan perancangan perkhidmatan perawatan pesakit yang lebih berkualiti di hospital dan Kementerian Kesihatan amnya.
VISI
Sebagai pusat informasi dan dokumentasi pesakit
MISI
Memberikan perkhidmatan terbaik berdasarkan kepuasan pelanggan dengan mengamalkan budaya korporat
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cekap dan tepat di dalam suasana yang selesa, mesra dan bersopan santun.
- Tempoh menunggu bagi memproses setiap permohonan laporan perubatan selepas permohonan yang lengkap diterima adalah selama 28 hari bekerja.
- Tempoh menunggu bagi memproses setiap permohonan laporan bedah siasat selepas permohonan yang lengkap diterima adalah selama 8 minggu.
- Tempoh masa di atas adalah sebagai sasaran maksimum, namun demikian setiap laporan yang disiapkan lebih awal akan diserahkan kepada pemohon secepat mungkin.
Unit Pengurusan Rekod Perubatan
- Menyimpan dan menyelenggara Rekod-rekod Pesakit Dalam (RPP), kad A&E, X-Ray dan lain-lain yang berkaitan
- Mengendalikan pengeluaran dan penyimpanan Sijil cuti sakit dan membuat
- Mengendalikan peminjaman filem X-ray untuk tujuan rawatan
Unit Pengurusan Laporan Perubatan & Medical Legal
- Menguruskan permohonan laporan perubatan daripada pelbagai berbagai pihak dan agensi
seperti orang awam, Polis, Peguam, Insurans dan lain-lain - Mengendalikan dokumen bagi kes-kes Perundangan Perubatan/ Medico legal
- Pengesahan kemasukan wad
- Pengesahan kelahiran
- Mengendalikan agihan Jemaah Perubatan, persidangan PERKESO dan KWSP
Unit Statistik
- Mengumpul, menganalisa dan menyediakan pelbagai maklumat statistik untuk kegunaan pelbagai peringkat dalaman dan luaran bagi Pesakit Luar (PL), Pesakit Dalam (PD) dan Data Kesihatan menggunakan Sistem Maklumat Rawatan Perubatan (SMRP)
Ketua Jabatan Rekod Perubatan : Pn. Nur Arifah Radhiah binti Abdul Aziz samb. 2934
Ketua Bahagian Pengurusan Rekod Perubatan : Pn. Hjh. Norlida binti Ali samb. 2933
Ketua Unit Pengurusan Laporan Perubatan & Medico-Legal : Pn. Sarina binti Mohd Shukeri samb. 2701
Ketua Unit Statistik : Pn. Surinalmasayu binti Abu Kassim samb. 2411
Sebarang pertanyaan sila kemukakan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KAEDAH PERMOHONAN DAN DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan laporan perubatan boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu:
- Daftar secara atas talian Permohonan laporan perubatan / laporan bedah siasat
- Cetak dan tandatangan borang . Surat keizinan yang dicetak menerusi sistem Permohonan Laporan Perubatan tersebut perlu ditandatangani oleh pesakit/ waris pesakit yang SAH (pesakit berumur 18 Kebawah)
- Hantar ke Kaunter Unit Pengurusan Laporan Perubatan, Jabatan Rekod Perubatan dan buat bayaran ; atau
- Melalui pos dengan menggunakan alamat di bawah:
Pengarah Hospital
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Persiaran Abu Bakar Sultan
80100 Johor Bahru
Negeri Johor Darul Ta’zim
(u/p : Jabatan Rekod Perubatan)
BAYARAN LAPORAN PERUBATAN
Jenis Laporan |
Bayaran |
Laporan Perubatan Biasa |
RM 40.00 |
Laporan Perubatan Ringkas Pakar |
RM 80.00 |
Laporan Perubatan Pakar Terperinci |
RM 200.00 – RM 1000.00 |
Laporan Bedah Siasat |
RM 400.00 – RM 1000.00 |
Borang KWSP |
RM 40.00 |
Borang KWSP (Hilang Upaya) Psikiatri |
RM 80.00 |
Borang PERKESO |
RM 40.00 |
Borang Insurans |
RM 40.00 |
Laporan MRI / CT Scan |
RM 200.00 – RM 1000.00 |
- Caj tambahan boleh dikenakan tertakluk kepada jenis laporan yang disediakan.
- Pembayaran boleh dibuat secara tunai (dibayar di kaunter Unit Pengurusan Laporan Perubatan, Jabatan Rekod Perubatan pada waktu bekerja) atau menggunakan wang pos atas nama Pengarah Hospital Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
DOKUMEN SOKONGAN BAGI PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN / LAPORAN BEDAH SIASAT
- Salinan K.P (Pesakit/Waris/Saksi), Surat beranak(bagi pesakit bawah 18 tahun) dan Passport (warga asing).
- Salinan Kad rawatan / temujanji pesakit (muka depan & belakang)/ Bil Hospital sebagai bukti rawatan.
- Salinan cuti sakit (semua mc yg diterima dari HSAJB sahaja).
- Salinan Sijil Kematian, Permit Penguburan,sijil nikah/perkahwinan dan slip post mortem (jika ada) *bagi kes mati sahaja.
- Bagi warga asing yang tiada waris, sila dapatkan surat kebenaran dari kedutaan Negara berkenaan.
- Cop Peguam/insuran/majikan di bahagian pemohon sekiranya permohonan dibuat oleh pihak tersebut.
- Borang-borang tuntutan yang berkaitan (cth KWSP, PERKESO, Buruh 90, Insurans dsb)
- Salinan repot polis bagi kes kecederaan atau kemalangan.
Wakil yang hadir untuk mengambil laporan bagi pemohon perlu mempunyai surat turun kuasa dan salinan kad pengenalan pengambil disertakan.
SEMAKAN STATUS SECARA ATAS TALIAN
Semakan status Permohonan laporan perubatan / laporan bedah siasat
WAKTU OPERASI KAUNTER LAPORAN PERUBATAN
Ahad – Rabu |
: |
8.00am – 3.30pm |
Rehat |
: |
1.00pm – 2.00pm |
Khamis |
: |
8.00am – 1.00pm |
Jumaat & Sabtu |
: |
TUTUP |