PENGENALAN
Jabatan Perubatan Rehabilitasi menawarkan perkhidmatan yang bertumpukan aspek kesihatan dan perubatan mengikut pelanggan yang mempunyai kelayanan upaya (OKU) untuk mencapai tahap keupayaan yang optima setara/bersesuaian dengan ketidakupayaan dari segi fizikal. Ini adalah untuk membantu mereka kembali berdikari dan boleh berfungsi di tahap komuniti.
VISI, MISI & OBJEKTIF
Untuk mempertingkatkan kualiti hidup dan kemampuan pesakit yang kurang upaya untuk berdikari dengan menyediakan perkhidmatan perubatan Rehabilitasi yang sesuai dan mengikut keperluan.
Untuk membantu pesakit yang kurang upaya untuk mempertingkatkan keupayaannya untuk berdikari dengan perkhidmatan Rehabilitasi yang bersepadu dan menyeluruh, selaras dengan aspirasi Negara.
Untuk menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan serta promosi kesihatan yang bermutu dengan cekap dan berkesan kepada pesakit yang memerlukan rawatan untuk menyelamatkan nyawa dan menghilangkan kesakitan bagi mencapai pemulihan yang awal dan maksima serta melayan orang awam dan pelawat dengan sifat penyayang dan nilai-nilai murni.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Jabatan Perubatan Rehabilitasi menawarkan perkhidmatan rawatan sebagai pesakit dalam dan pesakit luar mengikut kesesuaian dan keperluan rehabilitasi pesakit.
- Rehabilitasi amputee
- Rehabiitasi neurosurgikal
- Rehabilitasi pediatrik
- Rehabilitasi selepas kecederaan saraf tunjang
- Rehabilitasi strok dan neurologi
MAKLUMAT LOKASI KLINIK / WAD
Nama Klinik |
Lokasi |
Waktu Operasi |
Klinik Perubatan Rehabilitasi
(Ext : 2804) |
Bilik S12/S13, Bangunan Poliklinik |
Selasa hingga Khamis
8.30 pagi hingga 1.00 petang
|
Klinik Return to Work (Bersama SOCSO) |
Bilik S12, Bangunan Poliklinik |
Khamis (sebulan sekali)
10.00 pagi hingga 1.00 petang |
Klinik Kerusi Roda Khas |
Bilik S12, Bangunan Poliklinik |
Selasa (Sebulan sekali)
2.00 petang hingga 4.00 petang
|
Nama Wad |
Lokasi |
Wad Perubatan Rehabilitasi
|
Blok Induk, Aras 5 |
PIAGAM PELANGGAN
- Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas, orang kelainan upaya dan pesara awam.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
- Masa menunggu untuk berjumpa doktor ialah 90% pesakit tidak melebihi 90 minit.