KADAR CARUMAN BERKANUN SYER PEKERJA DIKURANGKAN KEPADA SEMBILAN (9) PERATUS PADA TAHUN 2021

Pihak KWSP telah mengumumkan bahawa kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada 9 peratus berkuatkuasa bagi tempoh setahun dan merangkumi upah pekerja bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah pekerja bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022). Kadar caruman ini akan terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum.

 Walaubagaimanapun, ahli masih boleh memilih untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021) yang disertakan atau boleh dimuat turun daripada laman web KWSP (www.kwsp.gov.my). Sila lengkapkan maklumat di bahagian (B) - Maklumat Ahli/ Pekerja sahaja pada borang tersebut.  

 

 Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Unit Pengurusan Kewangan, HSAJB selewatnya pada 10hb Disember 2020 (Khamis). Permohonan yang dihantar selepas tarikh yang dinyatakan hanya akan diproses pada tindakan gaji bulan berikutnya. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh berhubung terus dengan Puan Nurul Hidayah binti Abu Bakar/ Puan Ribena binti Senin di talian sambungan 2061

Klik Borang Kewangan untuk Muat turun Borang KWSP 17A (Khas 2021)  

  • Kemaskini Terakhir :
    27-04-2021

Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas

Copyright © 2021 Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru