PELAWAAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) TAHUN 2021 BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA ATAU SEPENUH MASA TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa semua Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Tahun 2021 bagi rnengikuti pengajian dalam mod dan peringkat pengajian seperti berikut:

 

  1. Pengajian secara SEPARUH MASA yang melibatkan peringkat pengajian Ijazah Pertama sahaja; dan
  2. Pengajian secara SEPENUH MASA yang melibatkan peringkat pengajian Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma atau Ijazah Pertama.

 

SYARAT –SYARAT PERMOHONAN

Semua permohonan mestilah memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran JPA(I)S. 176/7/80/7 Klt. 2(7) bertarikh 12 April 2021 dan boleh dimuat turun di laman portal JPA http://esilav2.jpa.gov.my

 

CARA MEMOHON

Calon perlu melayari dan memohon secara dalam talian melalui portal JPA seperti yang tersebut di atas. Tarikh permohonan dalam talian dibuka adalah seperti berikut: 

     1. Pengajian secara SEPARUH MASA

  1. Tarikh permohonan secara atas talian melalui pautanhttp://esilav2.jpa.gov.my bermula daripada 12 April 2021 sehingga 21 Mei 2021;
  2. Bagi pencalonan pegawai dari Hospital Sultanah Aminah, permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Seksyen Latihan, Unit Sumber Manusia, Hospital Sultanah Aminah selewat-lewatnya pada 10 Mei 2021 untuk diproses sebelum dipanjangkan ke Unit Sumber Manusia (Latihan), Bahagian Pengurusan JKNJ.

     2. Pengajian secara SEPENUH MASA:

  1. Tarikh permohonan secara atas talian melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.mybermula daripada 12 April 2021 sehingga 31 Disember 2021.
  2. Bagi pencalonan pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Seksyen Latihan, Unit Sumber Manusia, Hospital Sultanah Aminah selewat-lewatnya TIGA BULAN sebelum pegawai memulakan pengajian untuk diproses sebelum dipanjangkan ke Unit Sumber Manusia (Latihan), Bahagian Pengurusan JKNJ.

 

Calon dinasihatkan untuk memahami dan mengikuti tatacara permohonan bagi mengelakkan permohonan tersebut ditolak. Ketua Jabatan adalah dicadangkan supaya hanya menyokong dan mempertimbangkan calon- calon yang layak, sesuai serta memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan. Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) yang dicalonkan juga hendaklah mengikuti pengajian diperingkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang telah dimiliki.

 

Sehubungan itu, bagi tujuan penyelarasan penghantaran dokumen di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Johor, warga Hospital Sultanah Aminah perlu mengemukakan permohonan lengkap  selewat-lewatnya pada 10 Mei 2021 bagi pengajian Separuh Masa atau 3 (tiga) bulan sebelum pegawai memulakan pengajian bagi pengajian Sepenuh Masa kepada : 

 

                        Unit Sumber Manusia (Seksyen Latihan)

                        Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

                        (u/p : Puan Wan Norwahida binti Wan Nordin)

 

Surat Pelawaan KKM

Surat Pelawaan JKNJ

 

 

  • Kemaskini Terakhir :
    27-04-2021

Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas

Copyright © 2021 Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru