Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Untuk makluman YBrs.Dr/tuan/puan, Unit Perolehan akan melaksanakan perolehan bekalan kain pakaian seragam Siri 2 bagi tahun 2021 kepada pegawai-pegawai yang layak memohon bekalan pakaian seragam berdasarkan kepada perjawatan semasa iaitu bilangan terkini anggota yang sedang berkhidmat di HSAJB sehingga 31 Julai 2021. Bagi anggota yang berpindah masuk sila sertakan surat pengesahan tidak menerima kain pakaian seragam dan tidak dibayar Bantuan Upah Jahit (BUJ) dari pejabat terdahulu.
- Sehubungan itu, YBrs.Dr/tuan/puan hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Pakaian Seragam seperti di Lampiran A dan Lampiran B dengan tepat dan lengkap beserta pengesahan dan mengemukakan kedua-dua lampiran ini ke Seksyen Perolehan di Bangunan Akasia. YBrs.Dr/tuan/puan juga dipohon untuk menghantar salinan softcopy senarai nama pegawai-pegawai yang memohon ini kepada alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kedua-dua salinan softcopy dan hardcopy dokumen ini perlu dihantar untuk tindakan urusetia di Unit Perolehan sebelum atau pada 01 Ogos 2021 (Ahad).
- Sebagai panduan Dr/tuan/puan, jenis pakaian seragam beserta kadar Bantuan Upah Jahit adalah seperti berikut:-
|
BIL. |
JENIS PAKAIAN |
KADAR BANTUAN UPAH JAHIT (RM) |
|
1. |
Sehelai Baju Lengan Panjang/Pendek |
100.00 |
|
2. |
Sehelai Seluar Panjang |
130.00 |
|
3. |
Sepasang Baju Kurung Wanita |
120.00 |
|
4. |
Sepasang Overall |
150.00 |
|
5. |
Sepasang Overcoat |
100.00 |
- Kerjasama YBrs.Dr/tuan/puan berhubung perkara ini amat diperlukan dan dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nabilah binti Mohamad di talian sambungan 2816.

