POLISI PENGENDALIAN KLINIK-KLINIK PAKAR SEMASA CUTI PERISTIWA

 

POLISI PENGENDALIAN KLINIK-KLINIK PAKAR DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH SEMASA CUTI PERISTIWA

 

Terdapat ketidakseragaman Perkhidmatan Klinik-Klinik Pakar Hospital Sultanah Aminah apabila Cuti Peristiwa atau sebarang cuti yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri Johor dalam masa singkat. Ada beberapa buah klinik meneruskan perkhidmatan seperti biasa dan terdapat juga klinik yang menutup perkhidmatan tanpa sebarang makluman temujanji baru kepada pesakit yang telah dijadualkan pada cuti peristiwa. Beberapa jabatan tidak meletakkan anggota berada di klinik untuk menukar tarikh temu janji pesakit sekiranya pesakit hadir untuk mendapatkan rawatan. Ini menimbulkan rungutan oleh pesakit dengan mempersoalkan kenapa perkhidmatan tidak seragam serta menjadi beban kepada klinik dan anggota jabatan lain yang meneruskan operasi seperti biasa untuk melayan pesakit.

Klik untuk

POLISI PENGENDALIAN KLINIK-KLINIK PAKAR DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH SEMASA CUTI PERISTIWA

                                                       

Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru @ 2020
Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas
  • Kemaskini Terakhir :
    22-10-2020