Perkhidmatan Pengambilan Ubat di Farmasi HSAJB

Date 2020/4/9 7:29:43 | Topic: Berita HSA

Perkhidmatan Farmasi, Klinik Pakar HSAJB amat memandang serius kepentingan kepatuhan pesakit terhadap rawatan yang telah diberikan. Justeru itu, bagi memastikan bekalan ubat susulan kepada pesakit ini tidak terganggu, pihak hospital menggalakkan pesakit yang diberikan rawatan ubat untuk menggunakan Perkhidmatan tambah nilai seperti ubat melalui pos, pandu lalu, PPUSS atau SMS dan ambil.

WHATAPPS & POS dan Perkhidmatan PESAN DAHULU & AMBIL SELEPAS 2 HARI BEKERJA juga ditawarkan di HSAJB.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang perkhidmatan tersebut, orang awam boleh menghubungi Farmasi Klinik Pakar, Jabatan Farmasi, Hspital Sultanah Aminah Johor Bahru melalui talian 07-225 7000 (ext: 2619/ 2826/ 2329/ 2886)

#kenaliubatanda
#staysafe
#perangicovid19
#FarmasiHSAJB


This article comes from HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU
https://hsajb.moh.gov.my/versibaru

The URL for this story is:
https://hsajb.moh.gov.my/versibaru/modules/news/article.php?storyid=1109